Salam Sababatku sekalian..
Kebelakangan ini aku minat search apa2 resepi di blogger2 terutama blog 'CINTARASA RINDUAN' aku ingin bkongsi Resepi membuat donut lembut & gebu.
Walaupun daku tau ramai yg tahu buat, just sharing is caring hahaha.. [aku jer yg rajin sgt kedapur]
Di awal pagi minggu, selepas sarapan aku tanyakn pd En. Suami kalau2 nk mkn pe2 tuk menu ptg.. En. suami mmg tak kisah so aku suggestkn nk wat donut .. (mesti minta izin dl sbb yg nk mknnya dia n ank2, karang buat2 xde sapa nk mkn kan mbazir namanya) huhuhu..
Ini adalah percubaan pertamaku..
hopefully mjadi ler donutku ini nanti..
Alhamdullilah.. walau pun rupanya xcantik tp still boleh dimakan kan.. yg penting sedappp...
Klu x maunya cik tong yg kekeyangn.. hahaha..
Minatku nk mbuat apa2 resepi yg ada mmg meluap2.. plak tu bahan2 sume mmg dah tsedia ada [suka bli2 dl tp x wat2 gak] tp kerna takut ingin mcuba.. itu yg melemahkn diri..
Namun atas dorongan En. suami xpela daku mcuba gak.. [apala yg aku melalut ni.. hihihi]
apa2 pun daku bjaya gak mbuat 'Donut Ala Kadar Insan Serba Kekurangan Macam Aku'..
So hasilnya spt gambo diatas tu..
Oleh itu ingin ku kongsikan resepinya di sini.
Ini bahan-bahannya:
500gram tepung gandum
2 sudu majerin
1 sudu teh garam
3 sudu susu tepung (kebetulan susu anakku ada.. guna jer)
3 sudu gula pasir.
11gram mauripan
Sedikit air sejuk yang disimpan dalam peti ais ( guna apabila adunan belum lembut)
Cara Menyediakan:
1. Kembangkan mauripan guna air suam. Biarkan.
2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lobang ditengahnya, masukkan gula, susu dan majerin. Adun mesra kesemua bahan.
3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh.
4. Masukkan garam yang sudah dilarutkan dalam air suam, uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air simpanan dalam peti ais. Uli lagi.
5. Adunan doh yang siap diuli, terus terap pada acuan, sblm tu guna pengelek untuk meratakan doh.
6. 5 minit kemudian donut akan berkembang dengan jaya. Masa ini korang dah boleh panaskan api kuali, boh minyak yang banyak untuk tengelamkan donut yang belum dimasak. Apabila minyak panas. Masukkan donut kedalam kuali dengan mgunakan api yg kecil agar luar dalam donut masak.
Selamat mencuba.