Monday, 4 November 2013

Resepi Kek Marble Pelangi Bakar

kali ni saya nak kongsikan resepi kek marble pelangi bakar. Semalam baru je buat kek marble ni.
klu nak diikutkan kek marble ni byk versi.. bakar boleh nk kukus pun boleh tapi sy mmg lebih suka bakar sbb bhgian tepi & atas kek lebih garing dan lebih sedapppp...

Sebenarnya kek ni sangat senang nak buat dan juga sedap dimakan panas2. Bahan2 pun senang je nak cari kat supermarker @ pasaraya.. banyak pilihannya kan..
cuma sblm ni saya jer takut2 nk try2 buat.. ngatkan leceh dan susah nak buat kek ni.. tp bila dah try buat... oohhhh senang je rupanya buat kek ni.. hihihihi

Cuma kali ni guna resepi lain dr yang pernah saya cuba & post kan disini. kali ni resepi yang simple & senang sangat untuk membuatnya. lagipun kali ini resepi saya guna sukatan cawan jer.. tak payah penin2 nk sukat2 nak timbang2 k.


First of all, bahan-bahan yang perlu ada :

1 1/2 Cawan Marjerin
1 1/2 Cawan Gula Kastor
4 Biji Telur Gred A
1/2 Cawan Susu Pekat
1 s.d.t Esen Vanilla
2 s.d.b Serbuk Koko
Sedikit Pewarna (ikut suka hati)
3 Cawan Tepung Naik Sendiri (Kalau Nak Guna Tepung Gandum Biasa Pun Boleh Tapi Kena Tambah 1 s.d.t Baking Powder & Ayakkan, Sbb Saya Nak Senang Saya Guna Tepung Naik Sendiri Je)

Cara-Cara
 
1. Pukul marjerin dan gula kastor sampai gebu. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan marjerin dan gula kastor tadi.
2. Masukkan susu pekat dan esen vanilla, pukul hingga sebati
3. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga semua bahan-bahan menjadi sebati.
4. Kemudian, bahagikan adunan tadi kepada tiga bahagian, dan masukkan satu adunan serbuk koko, dua adunan lg masukkan pewarna @ satu adunan sahaja & satu lg kekal sedia ada.
5. Masukkan adunan satu demi satu kedalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin & dialaskan dengan kertas minyak secara berselang seli hingga habis.
6. Kemudian, masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 45 minit dgn suhu 170'c. bergantung pada oven yang anda gunakan.







No comments:

Post a Comment