Aku memang syukur sangat dengan perancangan Allah. Sungguh Dia memang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Hari ni aku nak cerita pasal aku dan kereta pulak. Kereta pertama aku Proton Satria 1.3 Manual Tahun 1995. Kepunyaan asal kereta ini milik adik lelakiku. Oleh kerana hampir 3 bulan dia tidak dapat menjelaskan ansuran bulanan aku terpaksa sambung bayar. Ini kerana owner pada geran adalah namaku. Nak @ tidak aku terpaksa sambung bayar dari namaku blacklist. Apa pun aku suka dengan Proton Satria ni. Kalau bawak rasa steady sahaja, tapi disebalik kelebihannya itu, Proton Satria ni aku lepaskan jugak pada tahun 2010.
Trade in dengan Waja 1.6.... Second hand. Proton Waja ni warna gold. 1.6 Manual tahun 2005 Standard. Tak ada bikin sana bikin sini. Orang kata waja banyak problemnya.. tapi Alhamdullillah tak banyak mendatangkan masalah.. Senang pulak nak selanggara. Alat ganti pun senang nak cari. Aku masa tu baru umur 27. Kereta ni masa beli pun sebab kami dah bertambah sorang ahli baru dalam keluarga. Tapi sebab sebenar Mr. Hubby nak penuhi impian wife dia yang suka sangat kereta tu masa tu la.. so ambik je lah. Lagipun nak lepaskan loan serentak dengan kereta Viva [belikan untuk my mum]
![]() |
Waja Gold 1.6 Manual Tahun 2005 |
Aku suka dengan kereta ni... Selesa sebab luas... Lagipun sesuai dengan fizikal keluarga kami sekarang dibandingkan Satria hanya 2 pintu kan.... diam tak diam dah lima tahun lebih guna hingga sekarang... TAPI, rezki yang tak diduga lain yang dirancang lain plak jadinya.
![]() |
Exora Bold cfe Turbo Tahun 2012 |
12hb March 2015, Keluarla, Kereta ketiga aku, kereta yang aku pakai sekarang ni ialah Proton Exora Bold cfe Turbo 1.6 Auto [Waja masih juga guna nak trade in]. Jatuh hati dengan kereta ni sebaik aku dan suami suka2 pergi melawat pusat jualan Proton di kulai.. Itu pun secara tak sengaja melangkah masuk. Tapi tak beli disitu, secara kebetulan balik dari melawat pusat jualan proton saja aku buka web http://mudah.my untuk tengok2.. ntah cmne boleh berkenan la plak dengan kereta ni.. terus dail no yg tertera tanpa berfikir panjang. Banyak gak halangannya, hampir2 tak jadi meneruskan niat dihati, tapi disebabkan berkat kesabaran & kerjasama dari owner asalnya.
Akhirnya kini, ia jadi milik kami.. kereta ni pun owner lama baru guna 2 tahun nak jual sbb dah beli kereta lain, memang minatnya tukar2 kereta.. paling lama guna kereta pun 4 tahun pastu jual... Memang rezki kami, walaupun pada awalnya terfikir akan kemampuan untuk membayar dua kereta sekaligus kan.. tapi rezki dari Allah siapa tahu.. Hanya DIA yg lebih mengetahui kemampuan setiap hambaNYA..
![]() |
MPVku EXORA |
![]() |
PROTON TETAP DIHATI KAMI |
** Kereta memang satu keperluan.. Kalau tak ada kereta memang payahlah nak bergerak sana sini. Bagi aku ada kereta yang selesa dan selamat ketika berjalan jauh sudah memadai. Aku rasa tak perlu nak pakai kereta mewah-mewah. Harga kereta makin turun bila dah berusia. Bukannya harganya makin naik. Kecualilah kereta tu pengeluarannya memang terhad..... Sekian.. **