Saturday, 30 January 2016

Bila Anak Tak Sihat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Menangis Merengek Mengerang :(

 ^_^...Selamat pagi sabtu semua
Teringat-ingat pula kat baby iman... cian anak ibu.. batuk, selsema n demam... berjangkit ngan ibu agaknnya... lumrah kan... bila ibu yang tak sihat, risaunya ckit2 je, bila ayah yg tak sihat, ibu super risau tapi bila anak2 ibu yg tak sihat, ibu lagi super duper risau... macam mana kita tgk mak kita selalu bersusah payah untuk anak2 masa kecil, macam tu jugakla kita sekarang kan... family especially kids akan jadi priority...

Bila anak dah tidur, kita baring sebelah..tgk dia tidur... rasa indah.. tgk nafas yang lembut turun naik membuatkan kita rasa bersyukur.. diberi peluang menjadi ibu... rasa 'rahim' melimpah2... bila kita kucup pipi anak, Subhanallah, rasa bahagia sangat....

Tapi semalam baby iman tak nyenyak tidurnya.. mudah tperanjat... menangis merengek je.. ibu jadi bertambah risau.. taknak tidur buai.. xnk tidur bawah.. naknya tidur dlm dakapan ibu.. mgkn bisa badan2 bby iman mybbkn tidurnya tak aman.. Almaklum bby iman dalam proses pembelajaran nk duduk @ merangkak..

Bila anak tak sihat, mulalah kita terfikir nak buat petua itu ini, nak dapatkan rawatan doktor yang terbaek untuk anak2... duit keluar lebih pun tak apa.. janji anak cepat sihat.. sbb nak tgk dia ceria seperti selalu.. tak sabar nak tatap senyum manja dia... harini pun bby iman masih tak ceria spt selalu.. wlpun dah bw urut 2x.. mgkn masih menahan sakit.. Disebabkan batuk, pernafasan jadi sesak.. mmg ibu sedih tgk keadaan bby iman.. cian sangat2, klu boleh pindah sakit itu biar ibu je tanggung, tak sanggup ibu tgk bby iman dlm keadaan cmtu.. tp apakan daya Allah maha mengetahui.. apa yg jadi semua atas kehendak DIA.
Mungkin ibu semakin lalai so Allah bagi ujian melalui bby iman yang tak sihat. Semoga lepas ni ibu dah tak lalai lagi. Semoga bby iman ibu cepat sembuh....

Bila anak tak sihat, ibu bagi minum susu badan banyak2... moga2 khasiat berkat susu itu meningkatkan daya tahan dalam tubuh baby iman.. pejam celik pejam celik, tak sangka dah lebih 4 bulan ibu berjaya menyusukan baby iman... terima kasih ALLAH atas nikmat dan kesempatan yang diberi...

Duhai anak.. cepat sihat ya sayang.. ibu sayang M.Zulhilmi, M.Zulhakimi n M.Zulrizqi Iman ;D muahhh

Monday, 25 January 2016

Keluarga Besarku

KELUARGA & ADIK BERADIKKU
Bersama Suamiku Tercinta
Anak-Anakku Tersayang
Anak Beranak Serupa Tapi Tak Sama.. hahaha..
Abah & Emak
3 Beradik Perempuan Bersama Bonda Tercinta
Atok & Zulhakimi
Atok Bersama Abang Long & Abang Ngah
My Family [Aku Anak No. 1]
Adik Lelaki No. 2 & Istrinya
Adik Lelaki No. 3 & Penyanyi Rock
Adik Perempuan No. 4 & Tunangnya
Adik Lelaki No. 5
Adik Perempuan No. 6 & Suaminya
Kenangan Bersama Arwah Atok Jah

**************************************************
**************************************************

KELUARGA & ADIK BERADIK SUAMIKU

Bapak & Mak Mentuaku
Abang Hassan & Kak Jijah Sekeluarga [Kakak No. 1]
Abang Lan & Kak Ann Sekeluarga [Abang No. 2]
Anak Sedara - Faris [Anak Kak Nani]
Kak Nani [Kakak No.3]
Abang Mamat & Kak Sal Sekeluarga [Abang No.5]
Aku & Suami [Suami No. 6]
Ann & Shah Sekeluarga [Adik Perempuan No. 7]
Adik Bongsu - Chaca [Adik Perempuan No.8]
   

Sebahagian Adik beradik Suamiku
Gambar PengantinKu Tahun 2008
Bergambar Bersama Bapak Mentuaku

Friday, 22 January 2016

Selamat Jalan Nenekku Tercinta.. Moga kau tenang disana..


Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

AlFatihah
. ﺑِﺴْﻢِ ﭐﻟﻠَّﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ ﭐﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِّ ﭐﻟْﻌَـﻠَﻤِﻴﻦ۞ ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ۞ ﻣَـﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﭐﻟﺪِّﻳﻦ۞ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ۞ ﭐﻫْﺪِﻧَﺎ ﭐﻟﺼِّﺮَﻁَ ﭐﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ۞ﺻِﺮَﻁَ ﭐﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ۞ ﻏَﻴْﺮِ ﭐﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﭐﻟﻀَّﺎۤﻟِّﻴﻦَ۞ﺍﻣﻴﻦ

Aamiin aamiin aamiin Ya Rabbal alaamiin. ..

**************************************************************************

Khamis, 21hb January 2016 adalah hari dimana seluruh keluarga besar Kami berduka. Khabar itu bagaikan petir yang menyambar hati-hati Kami. Khabar yang tidak pernah Kami sangka-sangka. Aku saat itu baru selesai mandi. Selang beberapa detik, handphone bergetar. Aku suruh anakku ambil handphone tersebut dari dalam bilik.

Ku lihat screen nama MAK tertera.. Ada apa ya.. tiba-tiba mak menelefon aku?. Langsung aku angkat telefon dan terdengarlah suara dari mak aku dengan berkata, " Long ko katne... " jawabku.. " along de dirumah.. knapa???" Soalku.. mak bkata lagi ATOK DAH TAK ADA LAGI... ATOK DAH MENINGGAL...................." Hati aku berkata, " Tidak...!!! Tak mungkin atok meninggal...!!! Kelmarin saja atok masih sihat.. bgurau senda dengan cucu-cucu & cicit-cicitnya... TIDAK...!!!!!

Tapi itulah takdir Allah, tiada yang bisa menerkanya. Semua pasti akan merasakan mati. Maut tu tidak melihat pada darjat, umur, kedudukan, keimanan, tua, muda, dan lain sebagainya. Maut tidak akan pernah berkompromi dan tidak akan bisa di kompromikan. Kalau Allah telah berkehendak maut itu kepada makhluknya, tiada satupun yang mampu untuk menghindar. Maut tidak melihat kondisi dan situasi. Mungkin saja maut akan datang tatkala kita sedang sihat, sakit, dirumah, ditempat kerja, disekolah, dipasar, dikampus, atau saat kita duduk santai sambil browsing internet, maut tidak akan memberikan masa tenggang untuk kita.

Atok Jahhhhh... (nama beliau ialah MASTIJAH @ TIJAH BINTI SAMBIOU)

Kini, beliau telah tiada...
Hanya Kenanganlah yang saat ini tertinggal...
Sungguh dia adalah orang yang sungguh Kami sayangi...
Tiada lagi suri tauladan kami kini di rumah...
Hanya nsihat-nasihatnyalah yang kini menjadi pengingat...
Di saat terlupa dari ketaqwaan dan keimanan kepada sang Khaliq...
Semoga Beliau di tempatkan dia tempat yang mulia... (Jannah yang dirindukan oleh setiap makhluk-Nya...)
Allahummaa firlahaa Warhamhaa Wa'afiha Wa' Fu'anha...

Selamat jalan nenek Kami tercinta...
Semoga Allah menerima amal ibadahnya...
Semoga Allah melapangkan kuburnya...
Semoga Allah memasukkannya ke dalam Jannah...
Semoga kami di pertemukan kembali di Jannah-Nya kekal...
Selamat Jalan 'Atok Jah'..........

Surat Daftar Kematian & Permit Mengubur
Sijil Kematian
Gambar Terakhir Mak Bersama Arwah Atok
Hanya Tinggal Kenangan
Saat Tiba Di Tanah Perkuburan
Tibanya Jenazah - Al-Fatihah
Saat-saat Terakhir Di Tanah Perkuburan
Saat Sebelum Jenazah Di Kebumikan
Saat-saat Terakhir :(

Friday, 1 January 2016

Doa Buat Anak-Anakku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ya Allah…,
Didiklah anak-anakku menjadi insan yang Engkau redhai
Engkaulah pelindung iman dan taqwa mereka
Moga mereka ceria di dunia dan di akhirat......
tiadalah daya upayaku

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Biarlah wajah anak-anakku sentiasa tenang seperti mereka sedang tidur,
Pada hari mereka mengadapMu nanti,
biarlah wajah mereka
Sebersih sesuci masa kecilnya…
tidak seperti wajah-wajah mereka yang engkau ancam dengan nerakaMu
seperti yang diceritakan dalam KitabMu,
Berilah pada mereka kitab amal mereka ditangan kanan mereka

Ku mohon padaMu ya Allah ya Rahman,
Pilihlah anak-anakku menjadi insan yang mewarisi Syurga Firdaus Mu,
Peliharalah aqidah mereka di dunia yang penuh fitnah ini….
Pandanglah wajah mereka dengan belas kasihanMu…
Moga mereka sentiasa dalam redaMu…

Ya Allah Ya Ghafur, Ya Arhama Rohimiin,
La ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minazholimin.
La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah. 
Aamiin

*Muhammad Zulhilmi*Muhammad Zulhakimi*Muhammad Zulrizqi Iman*