Wednesday, 25 April 2012

Ucapan Hari Lahir

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekalian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diredhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama aku tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi aku.

Wah,, hari nih hari Rabu, 25 April 2012. Kenapa plak tetiba aku buat tajuk nih. Birthday siapa plak ye? Hehe. Selalunya bila tiba birthday mesti kita akan dapat ucapan hari lahir daripada kawan-kawan , ahli keluarga dan macam-macam lagi individu yang mengingati kita. Ucapan hari lahir atau ulangtahun kelahiran nih biasa kita ungkapkan bila tibanya hari lahir insan tersayang. Tak kiralah siapa-siapa pun, mesti kita nak ucapkan jugak sebagai tanda penghargaan dan rasa kasih kepada individu tersebut. Selalunya bila tiba hari lahir, mesti akan dapat hadiah jugak kan? Macam-macam ada.. nak yang mana satu, nak yang mahal, yang murah, semuanya ditangan kita sendiri.
Tak kisah lah hadiah apa pun yang penting ikhlas. Pemberian yang ikhlas, ia lebih luhur dan kita tak perlu rasa terbeban untuk membeli or memberi kepada seseorang itu. Kalau rasa terbeban baik tak payah beli sebab bila kat hati tuh dah tak rela buat merungut-rungut je lupakn je la nak beri hadiah. Just bagi ucapan je dah cukup, itu lagi besar maknanya pada seseorang tuh. Bukan hadiah tersebut jadi kayu pengukurnya tapi tanda ingatan kita tuh yang penting.
Actually hari nih merupakan hari ulangtahun kelahiran Putera Sulungku MUHAMMAD ZULHILMI yg ker 3 Tahun. Huhu dah beso dah anak ibu ni ek.. Happy birthday abang. Ibu & Ayah doakan kamu panjang umur, murah rezeki, jadi anak yg soleh, sihat2 dan senyum selalu. Kot ibu & ayah termarah, terpukul semuanya sebab anak ibu & ayah nih nakal. Hadiahnya takde, petang nanti kita makan kek ye. ;P Luv u My Son..

No comments:

Post a Comment