![]() |
Bahan2 & Hasil Kek Coklat Bakar |
Hari ini, sempena cuti Hari Deepavali kami sekeluarga mmg tak planning nak kemana-mana.. memandangkan sekarang musim hujan jer so dok umah adalah yg terbaik.. hihihi (padahal mmg malas nak kuar jejalan)
so, hari ini terajin pula.. tambah plak kat umah ni takde makanan.. ada baiknya takde makanan.. takde la menambah stok2 lelemak dalam badan aku ni.. huhuhu... bila en. suami ku ada so xrisaula ttg si kecik ku sbb si ayahnya ada tuk mjaga.. hoorayyyy!! xde la aku terkejar-kejar mbuat kek ni nti..
lalu aku trus kedapur mulakan projek kek cawan coklat ni slps myiapkan sarapan pagi en. suami & anak2 ku..
Aku mencari resepi yang paling ringkas dan mudah dalam list resepiku.. yang pastinya resepi tu wajib senang disukat.. Jom tengok resepinya..
Bahan-bahannya :
2 Cawan Tepung Naik Sendiri* diayak
1 Cawan Minyak Masak
1/2 Cawan Susu Pekat Manis
1 1/2 Cawan Gula Kastor
1/2 Cawan Serbuk Koko* diayak
1 Cawan Air Panas
2 Biji Telur Gred A
1 s.d.t Soda Bikarbonat* diayak
1 s.d.t Esen Vanilla
Cara Menyediakannya :
Pukul Telur, minyak masak, susu pekat manis & gula hingga sebati
Masukkan tepung, soda bikarbonat & serbuk koko yang telah diayak tadi kedalam adunan
macam biasa hingga sebati.. sebati.. & sebati...
Masukkan esen vanilla & air panas kacau lagi hingga adunan sebati
Kemudian, masukkan adunan tadi kedalam cawan kek.. jangan penuh2 masukkan separuh dr cawan kek
Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 30 minit @ hingga masak
(bergantung pada oven yang anda gunakan)
Masukkan esen vanilla & air panas kacau lagi hingga adunan sebati
Kemudian, masukkan adunan tadi kedalam cawan kek.. jangan penuh2 masukkan separuh dr cawan kek
Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 30 minit @ hingga masak
(bergantung pada oven yang anda gunakan)
No comments:
Post a Comment