Tuesday, 22 March 2016

Buat Anak-Anak Syurga Ayah & Ibu



Buat anak-anakku

"Setiap kata yang diungkap mungkin tidak seindah pengertian yang hendakku layangkan..
kerana kita sedia maklum bahawa impian dan angan-angan itu indah dari dunia yang nyata.. dan betapa hidup ini terlalu banyak persoalan yang tergantung tanpa sebarang jawapan.. Cuma yang pasti kita cuba menghindarkan diri dari sebarang kemusnahan" 


Wahai anak-anakku

Tatkala menatap wajahmu terasa benar sinar cinta dan sayang ini.. Seperti hadirnya cahaya yang lebih besar nilainya dari sang suria.. Kehadiranmu menjadi suatu cerita yang indah dalam sejarah kehidupanku.. Seakan aku tidak mahu melihat tubuhmu membesar dewasa... dan takkan mampu melepaskan dikau diruangan kehidupan ini.. takut akan dikau berhadapan dengan derita.. dan jika itu terjadi, ibu merelakan kebahagiaan ibu menjadi pengganti pada tangis sedih kecewamu..


Wahai anak-anakku 

Jika dikau dapat fahami... Maka ketahuilah bahawa ibu mengharapkan masa depanmu seperti kerlipan bintang yang menyinari ruangan kelamnya malam, menjadi titik kesayangan pada Penyair malam... Ketahuilah juga bahawa ibu mengimpikan suaramu seperti laungan azan menyeru kebenaran pada simpang-simpang kepincangan kehidupan.. Selain itu, ketahuilah bahawa ibu mengangankan jasadmu sepertijula-juli yang memberi inspirasi pada ruangan kepercayaan kejayaan seseorang... dan ketahuilah bahawa ibu meletakkn tempatmu seperti sebentuk permata yang diidamkan disetiap sudut hati insan untuk dimiliki namun nilainya terlalu tinggi dari semua batasan dunia...


Wahai anak-anakku 

Kerisauanku pada setiap inci tubuhmu, perasaanmu dan tingkah lakumu.. Tidak sesekali ibu merelakan 'calar' pada dirimu wahai sayangku.. Mungkin 'impian' ibu ini terlalu mahal untuk dimiliki diruangan Kehidupan biasa... Namun ibu ingin kau tahu bahawa betapa hebatnya kehadiranmu padaku.. Menjadi persoalan sebelum kehadiranmu, dan pabila dikau wujud di rahimku.. dikau menjadi 'impian dan angan'ku.. Kini, dikau segalanya seperti 'permintaanku' terhadap-Nya...


Wahai anak-anakku 

Ibu ingin kau tahu bahawa ibu 'terpaksa' berkongsikan dirimu pada dunia.. Kerana dikau bukan milik ibu tetapi milik Nya... Segala perjalanan langkah kakimu selepas ini adalah segalanya dalam tangan Allah swt.. ibu hanya mampu mendoakan jasad dan kerohanian yang terbaik buat hidupmu.. Ingatlah pesan ibu, Sebagaimana apa yang ibu ingin dikau fahami dan ketahui tentang impian ibu terhadapmu.. Dan sesungguhnya, dikau adalah seperti nyawaku..



Baca Sampai Habis (^-^)

No comments:

Post a Comment