Monday, 25 July 2016

ReSePi : SoSeJ RoLL


Resepi kali ini iaitu Roti Sosej Gulung yg dh bertahun aku nak buat... Cuma ni je masa terluang yg aku dapat snap pictures and keep its in my tab! Kalau selalu, dh masuk dapur tu.... Selalu lupa nak merakam hasil air tangan ku ini... Huhuhuhu..

Roti Gulung Sosej ni merupakan favourite anak2 aku.. Encik suami pun suka.. 
Kalau diletakkan cheese pun.. Memang HEBAT! Kena plak bila roti yg dh digoreng itu dipotong tengah secara menyerong.... Jelas cheese yg cair mengalir keluar dr roti!!!! ^_* tu pun.. kalau ada keju cheesedale dah lama aku letak sekali.. tapi stok dlm peti ais kehabisan la pulak.. so tak dapat nak menderhaka resepi.. kikiki..

Tapi, maaf ye.... aku cuma dapat buat yg simple saja semalam.... Sbb kesuntukan masa si abang (anak sulungku) plak dah nak pergi sekolah. aku cuma gulungkan sosej yg disapukan dengan cream of mushroom soup (Campbells)... Barulah digelek dalam telur yg dipukul & digelekkn pula di atas serbuk roti... Barulah digoreng sehingga keemasan dan nampak begitu rangup! :)

Ni selepas di goreng dan sesudah di belah 2.. 
hebat takkkk.. hehehe..

Ok2....

BAHAN-BAHANNYA :
*********************
5 batang sosej A1 (aku belah 2)
10 keping roti sandwich (apa jenama pun boleh)
3 biji telur, dipukul sedikit
Serbuk roti secukupnya (aku guna serbuk roti bewarna kuning)
1 Tin Cream Of Mushroom Soup (aku guna Campbells)
Sos kegemaran anda (aku guna sos cili + sedikit mayonnaise)


CARA MEMBUATNYA :
**********************
1.Celur sekejap sosej dalam air mendidih, toskan dan biar sejuk. Roti nak dibuang sedikit bahagian tepi2nya pun boleh (aku xbuang, membazir.. hihihi..). Kemudian canai sedikit biar sama saiz dengan ukuran sosej. Buat hingga siap.

2.Ambil sekeping roti, letak sebatang sosej dan gulung ketat. Sapu roti dengan cream of mushroom soup dan gulung hingga melekat. Buat hingga siap.

3.Celup sosej roll tadi dalam telur yg dipukul, golekkan dalam serbuk roti, kemudian celup sekali lagi dalam telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti.

Buat hingga siap. Kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. 
Pastikan roti diterbalikkan dan dijaga supaya tidak hangus. (Serbuk roti cepat garing dan hangus ye..) Angkat dan toskan. Hidang dengan sos kegemaran anda.... Boleh dipotong serong atau dihidang begitu sahaja.

CATATAN :- Jika anda suka salutan nipis, cukup sekadar mencelup sekali sahaja sosej roll tadi dalam adunan telur dan golekkan dalam serbuk roti.

Selamat mencuba..!!

No comments:

Post a Comment