Thursday, 28 July 2016

Selamat hari lahir mak!

Kek Tempahan Khas Buat Bondaku Tersayang
HADIAH UNTUK MAK :)

Assalamualaikum...

Apahal pagi pagi dah update blog? Alhamdulillah, hari ini 28 Julai 2016 dan merupakan tarikh lahir emak. Hari ni, genablah umur mak, 53 tahun :')

Sume orang ada mak kan, tak kisah sama ada mak kita ada lagi atau dah menghadap Ilahi. Aku lak alhamdulillah sebab mak masih ada. Bapak pun masih ada. Syukur sangat. Tapi hari ni aku nak buat entri khas buat mak aku. sebab mak aku ni special sangat.

Okay, kenapa aku cakap mak aku special?

Mak tak suka berleter. aku tahu ramai yang mak – mak ni jenis yang berleter kan? aku pun selalu berleter dengan anak-anak aku. hahaha... Mak cool je. Tapi kalau cucu dia buat hal naik suara jugaklah kan tapi kalau nak berleter tu takdenya...

Mak pun pandai buat baju kurung. Walaupun belajar secara tak langsung je. Baju melayu teluk belanga pun mak pandai. Kekadang time raya, baju anak – anak aku mak aku yang buat. Yelah baju budak – budak kecik – kecik je kan.

Mak tak kisah keluar dengan sape pun yang penting mak kenal orang tu. kalau boleh biar mak tengok dulu kawan kita yang nak kuar tu.

Tu jelah kut yang boleh aku jelaskan. Kalau nak taip lagi sampai bila pun tak habis sebab insan bernama mak ni special sangat...

Walaupun mak bukan cikgu, bukan doktor, peguam mahupun wanita berkejaya tapi aku bangga punya MAK macam mak. Aku yakin tak sume yang ada pada mak, ada pada mak orang lain. Macam tu jugak sebaliknya kan?

Terimakasih Mak atas segala penat lelah dan pengorbanan Mak, mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan mendidik kami anak2 Mak.. Sungguh, tidak dapat kami balas jasa dan kasih sayang Mak. Setitis peluh, sehela nafas mak, setitis darah mak ketika melahirkan kami itu pun tak dapat kami balas.. Sekarang kami dah besar, ada keluarga sendiri, baru tahu susahnya menjaga anak. Ini baru 3 orang, macam2 peel, macam manalah kalau 6 orang.. pasti mengeluh panjang. Segala jasa Mak akan kami kenang, insyaAllah hingga hujung hayat. Cuma, kami nak Mak tahu, kami sayang Mak…. moga berbahagialah Mak sentiasa dan moga Allah merahmati Mak selama-lamanya hingga ke syurga…"

Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dan rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil… amen ya Robb…

Apa – apa pun MAK ADALAH SEGALANYA. Tak kisahlah sape pun mak kita kan? aku lak dah tacing tak tentu pasal ni. Okaylah, bye!


*************************************************


P/S  - Selamat Hari Lahir Mak!!!! Moga selamat sejahtera Mak di dunia akhirat, dimurahkan rezki, dipermudah urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dan terus menerus dalam ibadah kepadaNya…
Kami sayang Mak! Ya Allah, peliharalah fitrah kasih sayang ini…. amenn…

HANYA 'KAMI'

                       UTIH            MAK          ALONG
RAYA 2016






No comments:

Post a Comment