Thursday, 11 August 2016

Persiapan Kenduri

بسمﺍﷲالرحمنﺍلرحيم 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Assalamualaikum.....

Pejam celik... pejam celik dah hari Khamis ya hari ni.... sekejap aje masa berlalu pergi, apatah lagi jika kesibukan hingga tak terasa ia berlalu pergi. Kalau tak kita manafaatkan setiap detik tu... mahunya terasa... kosong.... tak tahu nak diisi dengan aktiviti yang bagaimana.. akhirnya ia pergi.... begitu saja... alangkah ruginya saat-saat yang berlalu itu.... kerana ia pasti tidak akan kembali lagi!

Wah panjang berjela pulak mukadimah Aku pagi ni..... 

Alhamdulillah Iman dah beransur sembuh... wlpun belum sepenuhnya.. Mudah2an minggu ni dia dah betul2 sihat. Sekarang ni aku yang agak sibuk untuk persiapan Kenduri Kesyukuran & Doa Selamat Sabtu ni. Seperti yang My hubby tanya nak masak apa?... Ntah lah mula2 pening gak nak fikirkan, nak guna khidmat catering rasa tak perlu kot dengan tetamu sekadar 40/50 org. Aku cadang nak buat mee sup @ soto, roti jala, roti sosej, kuih2 skit & pencuci mulut jer, mudah kan.. tak membazir.... makan sikit.. lebihnya, masing2 boleh bungkus bawa balik. Lagipun dok fikir takde sapa leh bantu.. masing2 berkerja.. so, semua nak kena settlekan sendiri.. Barang2 kering seperti bawang, lada kering, Soo hoon, kacang tanah, nasi empit dah standby kat dapur.. Tinggal nak li mana yg tak cukup & barang basah je rasanya.. mgkn malam nanti baru nak g beli..

Harap2 semua berjalan dengan lancar almaklumlah sekarang ni musim orang tak sihat jer....
Apapun.. Korang doa2kanla yg baik2!!!!!

Selamat Hari Khamis!!! ok bye...




Sunday, 7 August 2016

✿Selamat Hari Lahir Buat Diri Sendiri✿

Hadiah Dari Insan Tersayang
Assalammualaikum.. Salam Sejahtera

hahaha..tajuk bukan main kan.. ada tak orang buat gini, wish happy birthday buat diri sendiri..

ALHAMDULILLAH,ALLAH MASIH MENGIZINKAN AKU UNTUK BERNAFAS HINGGA KE HARI INI.. BERSYUKUR SANGAT UMUR AKU WALAUPUN TIDAK TAHU AKAN NOKTAHNYA TAPI AKU SEDAR BAHAWA UMUR BAGI SETIAP INSAN ITU AMAT BESAR DAN BERMAKNA. DLM USIA 33, KEHIDUPAN DAH CUKUP SEMPURNA DENGAN KEHADIRAN INSAN2 TERSAYANG MUHAMMAD ZULHILMI, MUHAMMAD ZULHAKIMI, MUHAMMAD ZULRIZQI IMAN 

Justeru itu, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada bonda tersayang Siti Sabariah Binti Sapari dan ayahanda Samian Bin Saimon kerana bersusah payah melahirkan aku ke dunia yang penuh pancaroba dan pancasitara ini. Terima kasih kerana bonda dengan ikhlas dan tulus hati menyusukan aku sehingga aku dewasa dan mengenal erti kehidupan. Tidak lupa juga buat suamiku tercinta Zulkiflee Bin Sarka yang sentiasa ada disisi dalam suka mahupun duka..

Syukur kehadrat Allah kerana telah menganugerahkan aku segala-galanya yang lebih berbanding dari orang lain dan di dalam diri aku sesunggguhnya Allah ciptakan dengan penuh kasih sayang dan penuh keistimewaan. Syukur kepada Mu Ya Allah.. Aku bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang KAU kurniakan buat hambaMu yang penuh dengan kelalaian ini. Ya Allah... pandanglah aku hambaMu yang hina dan berdosa ini dengan pandangan rahmatMu dan kasihMu..Terasa dah semakin berusia dan terasa macam masa ini tersangatlah pantas berlalu. Terima kasih kepada family dan kawan-kawan yang masih ingat besday ku ini. Doakan aku sihat dan dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat serta tahan diuji..

Selama 33 tahun aku hidup, Alhamdulillah perjalanan hidup aku ni dipermudahkan Allah. Berkat doa mak dan abah yang sememang tidak pernah putus.. Aku berdoa andainya nyawa aku hendak dipisahkan dengan jasad biarlah setelah aku sempat melihat anak-anak membesar dalam ruh islami yang mantap iman dan taqwanya, serta sentiasa dan boleh mendoakan aku di alam barzakh dengan berterusan dan penuh keikhlasan...


Akhir nukilan, selamat hari jadi diriku. Semoga hidupku diberkati Allah s.w.t selama-lamanya. Amin...



Wednesday, 3 August 2016

Sedih Tau dak....bila anak kena masuk HOSPITAL


Sebenarnya, aku tak pernah terfikir yang anak aku akan ada pengalaman tidur kat hospital. Biasanya aku tengok anak-anak kawan aku kena warded. Dalam hati aku berharap janganlah anak-anak aku kena warded. Kalau tak sihat pun, pergi klinik atau hospital dapatkan pemeriksaan doktor dan ubat pastu kita monitor je kesihatan anak-anak kat rumah. Tapi siapalah kita nak menolak ketentuan Allah S.W.T. 

Akhirnya apa yang aku takutkan dan apa yang aku tak inginkan terjadi. 02/08/2016 11.40 a.m Iman kena tahan masuk ward. Tak pernah experience masuk ward (kecuali bersalin).. Bila anak kena masuk ward, blank jadinya.. Tak tau process.. Such an experience for me.. Masa tu aku agak blur dan rasa down. Perasaan bercampur baur. Bayangkan aku baru je nak baik demam. Masa tu aku baru je MC 2hari... ni nak kena sambung lagi cuti.. Nak tak nak memang kena tidur kat hospitallah dalam sehari dua kan. Maksud aku kat sini, aku tak sangka yang anak aku akan ada pengalaman tidur kat hospital sebab tak sihat. Bila anak tak sihat, walaupun hanya batuk dan flu je, jangan ambil ringan. Kadang-kadang luaran nampak ok. Tapi dalaman kita tak tahu...

Iman kena tahan wad sebab demam panas suhu yang agak tinggi 39.2 °C dan ada jangkitan kuman dalam darah dia... tak silap aku bacaannya 27.1 (bacaan sepatutnya bg baby cam iman bawah 10) Nantilah kalau aku rajin aku cerita detail kejadian masa Iman tak sihat dulu. Nak cerita sekarang mood tengah tak ada. Aku masih rasa letih dan sengal-sengal satu badan ni jaga Iman kat hospital beberapa hari lalu. cabaran dengan anak menangis meragam sebab tak sihat pastu warded kan. pengalaman tu...

Selepas kejadian Iman kena warded, aku berharap tidak ada lagi kejadian anak-anak kena warded. Siapa ada pengalaman anak-anak kena warded mesti tahu bukan mudah ye.. Untuk segala apa yang kita buat untuk sembuhkan penyakit, jumpa doctor, makan ubat, ikut petua-petua whatsoever, hanya Allah sahaja yang menentukan segalanya.. Don't stop praying and leave it to Allah to decide the best for us.. Yang penting kena usaha.. :)





Ini kali pertama dan tak sangka kena masuk ward
due to high fever & Jangkitan Kuman Dalam Darah..
Kesian Iman..

Anyway, he is recovering now..
Alhamdulillah..
  
Anak sama didik dengan Iman... masalah yg
sama tapi dibiarkan demam melarat hingga
kena sawan jadinya virus dah sampai ke otak..
doktor terpaksa ambil air tulang belakang
untuk tau virus apa yg merabak ke otaknya...
Kesian Rayyan.. Harap Cepat Sembuh..