Sedih Tau dak....bila anak kena masuk HOSPITAL
Sebenarnya, aku tak pernah terfikir yang anak aku akan ada pengalaman tidur kat hospital. Biasanya aku tengok anak-anak kawan aku kena warded. Dalam hati aku berharap janganlah anak-anak aku kena warded. Kalau tak sihat pun, pergi klinik atau hospital dapatkan pemeriksaan doktor dan ubat pastu kita monitor je kesihatan anak-anak kat rumah. Tapi siapalah kita nak menolak ketentuan Allah S.W.T.
Akhirnya apa yang aku takutkan dan apa yang aku tak inginkan terjadi. 02/08/2016 11.40 a.m Iman kena tahan masuk ward. Tak pernah experience masuk ward (kecuali bersalin).. Bila anak kena masuk ward, blank jadinya.. Tak tau process.. Such an experience for me.. Masa tu aku agak blur dan rasa down. Perasaan bercampur baur. Bayangkan aku baru je nak baik demam. Masa tu aku baru je MC 2hari... ni nak kena sambung lagi cuti.. Nak tak nak memang kena tidur kat hospitallah dalam sehari dua kan. Maksud aku kat sini, aku tak sangka yang anak aku akan ada pengalaman tidur kat hospital sebab tak sihat. Bila anak tak sihat, walaupun hanya batuk dan flu je, jangan ambil ringan. Kadang-kadang luaran nampak ok. Tapi dalaman kita tak tahu...
Iman kena tahan wad sebab demam panas suhu yang agak tinggi 39.2 °C dan ada jangkitan kuman dalam darah dia... tak silap aku bacaannya 27.1 (bacaan sepatutnya bg baby cam iman bawah 10) Nantilah kalau aku rajin aku cerita detail kejadian masa Iman tak sihat dulu. Nak cerita sekarang mood tengah tak ada. Aku masih rasa letih dan sengal-sengal satu badan ni jaga Iman kat hospital beberapa hari lalu. cabaran dengan anak menangis meragam sebab tak sihat pastu warded kan. pengalaman tu...
Selepas kejadian Iman kena warded, aku berharap tidak ada lagi kejadian anak-anak kena warded. Siapa ada pengalaman anak-anak kena warded mesti tahu bukan mudah ye.. Untuk segala apa yang kita buat untuk sembuhkan penyakit, jumpa doctor, makan ubat, ikut petua-petua whatsoever, hanya Allah sahaja yang menentukan segalanya.. Don't stop praying and leave it to Allah to decide the best for us.. Yang penting kena usaha.. :)
![]() |
Ini kali pertama dan tak sangka kena masuk ward due to high fever & Jangkitan Kuman Dalam Darah.. Kesian Iman.. |
![]() |
Anyway, he is recovering now.. Alhamdulillah.. |
No comments:
Post a Comment