Sunday, 7 August 2016

✿Selamat Hari Lahir Buat Diri Sendiri✿

Hadiah Dari Insan Tersayang
Assalammualaikum.. Salam Sejahtera

hahaha..tajuk bukan main kan.. ada tak orang buat gini, wish happy birthday buat diri sendiri..

ALHAMDULILLAH,ALLAH MASIH MENGIZINKAN AKU UNTUK BERNAFAS HINGGA KE HARI INI.. BERSYUKUR SANGAT UMUR AKU WALAUPUN TIDAK TAHU AKAN NOKTAHNYA TAPI AKU SEDAR BAHAWA UMUR BAGI SETIAP INSAN ITU AMAT BESAR DAN BERMAKNA. DLM USIA 33, KEHIDUPAN DAH CUKUP SEMPURNA DENGAN KEHADIRAN INSAN2 TERSAYANG MUHAMMAD ZULHILMI, MUHAMMAD ZULHAKIMI, MUHAMMAD ZULRIZQI IMAN 

Justeru itu, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada bonda tersayang Siti Sabariah Binti Sapari dan ayahanda Samian Bin Saimon kerana bersusah payah melahirkan aku ke dunia yang penuh pancaroba dan pancasitara ini. Terima kasih kerana bonda dengan ikhlas dan tulus hati menyusukan aku sehingga aku dewasa dan mengenal erti kehidupan. Tidak lupa juga buat suamiku tercinta Zulkiflee Bin Sarka yang sentiasa ada disisi dalam suka mahupun duka..

Syukur kehadrat Allah kerana telah menganugerahkan aku segala-galanya yang lebih berbanding dari orang lain dan di dalam diri aku sesunggguhnya Allah ciptakan dengan penuh kasih sayang dan penuh keistimewaan. Syukur kepada Mu Ya Allah.. Aku bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang KAU kurniakan buat hambaMu yang penuh dengan kelalaian ini. Ya Allah... pandanglah aku hambaMu yang hina dan berdosa ini dengan pandangan rahmatMu dan kasihMu..Terasa dah semakin berusia dan terasa macam masa ini tersangatlah pantas berlalu. Terima kasih kepada family dan kawan-kawan yang masih ingat besday ku ini. Doakan aku sihat dan dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat serta tahan diuji..

Selama 33 tahun aku hidup, Alhamdulillah perjalanan hidup aku ni dipermudahkan Allah. Berkat doa mak dan abah yang sememang tidak pernah putus.. Aku berdoa andainya nyawa aku hendak dipisahkan dengan jasad biarlah setelah aku sempat melihat anak-anak membesar dalam ruh islami yang mantap iman dan taqwanya, serta sentiasa dan boleh mendoakan aku di alam barzakh dengan berterusan dan penuh keikhlasan...


Akhir nukilan, selamat hari jadi diriku. Semoga hidupku diberkati Allah s.w.t selama-lamanya. Amin...



No comments:

Post a Comment