Monday, 29 February 2016

Basikal & Walker Baru..

Ku abadikan diari bergambar ini untuk tatapan sendiri juga ahli keluarga yang amat aku sayangi... jika dipanjangkan usia pasti aku tersenyum sendiri ketika kembali membaca catatan kenangan ini... dan apabila aku sudah tiada lagi, mudah-mudahan diari ini menjadi memori terindah untuk anak-anakku..

Basikal & Walker Baru..

Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: 

"Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka".

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Hari Ahad 28/02/2016 genapla BaBy ImAn 5BuLaN [28/09/2015].. so, tanpa dirancang aku ajak En. HuBbY pergi beli 'Walker' utk BaBy ImAn.

KoNoN2nYa HaDiAh BiRtHdAys

Secara tak langsung bila dua abang 'BaBy ImAn' dengar jer.. pe lagi mereka la yang lebih bersemangat betul nak beli basikal baru katanya... disebabkan aku dah berjanji lama... nak blikan basikal untuk anak2 aku 'AbGlOnG & AbGnGaH' kena ler tepati... sebenarnya ngat nak tunggu birthday masing2 tp nak buat cmne.. Alhamdulillah ler.. kebetulan ada duit sikit, memang dah rezki untuk mereka.. Ni konon2nyer birthday present utk tahun 2016 ni ler buat korang AbgLoNg 7TaHun [25/04/2016] & AbgNgAh 4TaHun [16/11/2016] la ye.. 

Lepas hantar AbgLoNg ke sekolah sesi petang, baru kami gerak.. 1st destinasi tu cari 'Walker BabY ImAn' dulu.. Kitorang beli kat kedai sebaris dengan kedai kami beli basikal.. Lokasi yang sama kat Kota Tinggi, Johor jer..


GeMbIRaNyA aNaK2 IbU & aYaH

Harga asal basikal AbgLoNg RM380.00 AbgNgAh RM260.00... dapat free gift skateboard.. tapi ayah diorang kata tak nk free gift tu.. Kalau dulu2 rasanya RM200.00 tu memang dah dapat basikal besar kan..Ni pon jenuh dah tawar, last2 tokey cina tu kasi kurang seperti dalam resit ni selepas tolak free gift... ok la kan dari takde...

AbgNgAh memang excited bebenor.. almaklum 1st time dapat basikal baru.. seronok bebenor dia.. habis dikayuhnya menyusur ke seluruh kedai.. hihihi.. Ibu plak yg lebih excited tgk AbgNgAh happy..






Masa balik letak basikal kat seat belakang, AbgNgAh ni terus membelek2 basikal baru dia tu.. Barula mulut si cilik ni diam.. kalau tak sepanjang jalan bising jer.. yang bagusnya AbgNgAh ni dia ingat AbgLoNgnya.. siap ingatkan ayah & ibu 'basikal AbgLong mana???' masa tu, pandai pulak tu, siap tanggalkan plastik pada tempat duduk basikal tu..Benda baru la kata kan, mula-mula jer excited tu.. Tengokla dah lama2 karang.. mesti dah tak heran..

Tengok jam dah hampir jam 18.00pm.. AbgLoNg balik sekolah jam 18.40.. mmg tak sempat balik umah dulu.. dari Kota Tinggi ke Ulu Tiram jarak masa lebih kurang setengah jam jugak.. Nak kesekolah AbgLoNg kat Felda Ulu Tebrau pun ambil masa gak ler.. kesimpulannya, terus je pergi sekolah ambil AbgLoNg dulu... Sampai rumah AbgLoNg, AbgNgAh & BaBy ImAn terus jer duduk kat basikal & walker tu.. Tapi duduk jelah tak bergerak2..hehe..

Ibu harap korang takdelah gunakan basikal ni untuk merayau-rayau tak tentu hala. Risau jugak ibu tengok budak-budak taman ni ada yang merayau sampai ke Taman Mawar / Bukit Tiram. Tapi setakat ni under control lah... Apapun Ibu & Ayah doakan yg terbaik untuk semua anak2 dunia & akhirat..










 "Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan.. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday, 28 February 2016

MaJliS pErTuNaNgAn AdIkKu & aQiQah UtK aNak KeTiGaKu

Assalamualaikum... w.b.t.

Cepat sungguh masa berlalu....sekejap jer anakku da nak masuk 5bulan... baru sekarang nak tulis pasal majlis bercukur dan kenduri aqiqah Muhammad Zulrizqi Iman... Tiba-tiba teringat majlis tersebut... Seperti semua sedia maklum, sekarang ni kos untuk buat kenduri memang memakan belanja yang agak besar. Jadi memang kami kena mengumpul duit dan merancang betul-betul. 

Dua Ekor Kambing Utk Aqiqah
Siap Penyembelihan & Potong


Apabila emak saya mengetahui hasrat murni kami, mak mencadangkan untuk menyatukan sekali majlis Muhammad Zulrizqi Iman dan majlis pertunangan adik perempuan saya. Yeay!!! seronok tu apabila 2 majlis di cantumkan menjadi satu. Pertamanya mestila meriah menyambut bayi baru dan menyambut bakal ahli keluarga baru. Kedua inilah masanya dapat berkumpul semua ahli keluarga, dan ketiga seharusnya apabila majlis dicantumkan bajet/kos dapat dijimatkan. Heheheh... Jadi, apabila semua dah berbincang, maka kami semua sepakat untuk memilih tarikh pada 16hb January 2016 hari sabtu.






Bercerita tentang Majlis Pertunangan adik perempuan saya, Siti Nurizzati Binti Samian (Utih) dengan Mohamad Khairi Ezwani Bin Husnan pada hari sabtu 16hb January 2016. Majlis bermula pada jam 2.00petang. Utih ni anak keempat dari 6beradik dan ini merupakan majlis pertama dibuat dirumah kami. Untuk majlis ni saya ambik cuti 2 hari untuk buat apa yang patut. Almaklum saya & suami menjadi tuan rumah kan.. Urusan penyediaan makanan dan doorgift diserahkan kepada saya.




Aku tak berapa sihat demam 2 hari terus nak buat majlis.. so tak byk gambar muka ku.. hehehe..

  




Pada waktu petang, bila kebanyakan tetamu dah balik, kitaorg prepare plak untuk Majlis Bercukur dan Kenduri Aqiqah Muhammad Zulrizqi Iman yang berlangsung selepas magrib. Alhamdulillah. Menurut Islam, amalan mencukur rambut akan meningkatkan tahap kesihatan anak, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu. InsyaAllah.

Ok, berbalik pada kenduri, mesti ramai tertanya-tanya, apakah menu makanan untuk kenduri kali ini? Menunya adalah:

1. Kambing Rendang 2 ekor (Untuk Aqiqah)
2. Nasi Ayam
3. Sambal / Sos
4. Sayur Salad & Timun

Makanan Sampingan:
1. Kuih Muih

Air:
1. Air Teh
2. Air Sirap

Doorgift Utk Pertunangan,
Cukur Jambul & Aqiqah













Monday, 15 February 2016

Tak sabar nak tgk iman merangkak..

Bagi para ibu mesti selalu bercerita tentang perkembangan anak masing2kan..
macam tu ler jugak aku..
dan kadang2..kita pernah dengar..
"..anak aku dah boleh jalan..langsung tak merangkak..."
"..anak aku 7 bulan dah pandai jalan..merangkak kejap jer.."

dan cuba kita ingat balik..
kesinambungan dari dialog kat atas..
yang mulanyer dgn riak bercerita kebolehan anak..
mesti akan cakap..

"...tapi..tu ler..dah 2 thn tp cakap pun tak betul...."
"..pastu sekarang malas nak bukak mulut...nak panggil mama pun malas..nangis rajin plakss..."

kononnyer...kiter ni slalu petik kata org2 tua..dari kata2 org yg berilmu..
yer la..dengan alasan...org tua..org lama..mesti tahu segala..
huhh..betul ker??

apa yang org tua kata..?
"..ala takper..jangan risau..normal la tu.."
"kalau baby boleh berjalan dulu..mesti cakap lambat....."
"kalau baby boleh bercakap dulu..mesti jalan lambat....."

bila kita..ibu2 ni dengar jer ayat tu..mesti rasa agak selesa..
kan ker bunyi nyer macam penyejuk hati jer..
kita tak pernah nak ambik peduli..
kenapa keadaan ini berlaku..
apa kaitannyer...

Baby memang PERLU merangkak..
ini kerana terdapat kaitan dengan kebolehannya untuk bertutur dan tahap IQ nya..
bila dapat tahu hal ini..mama ader la godek2 dalam internet...
tapi kupasannya banyak dari negara seberang...dan jugak negara mat salleh..
negara Malaysia..rakyatnyer masih berpegang pada kata2 nenek moyang..

ok..cuba kita renungkan keadaan ini dan kewajarannyer..
bayi yang cepat berjalan...cakap nyer lambat...

sekiranyer seorang bayi..dalam usia 7/8 bln sudah boleh bangun berjalan..ini bermakna..masa merangkaknya adalah singkat..sebab itu lah...timbul masalah dalam pertuturan..lambat bercakap...
jika bayi tersebut lambat berjalan...merangkak jer lebih....
dia akan lebih cepat bercakap......

dari situasi ini..tidak dapat lagi kah gambaran bahawa merangkak itu penting..
aku ni tak ler pandai nak bercerita..
cuma nak tolong sampaikan..
dan jika direnung lagi..
kenapa sekarang cikgu2 di sekolah bermasalah untuk mendidik anak2 bangsa berbanding dahulu???
tau apa itu walker???
anak kita..masuk jer 5/6 bulan..kita dah belikan walker...orang dulu2..ader belikan walker???that's why kiter dulu pandai2...dan mudah dibela..hahahha....

dan..jika anak anda sudah menjangkau umur 11/12 bln dan masih tidak boleh berjalan..jangan lahhh risau..biarlah dia menghabiskan proses tumbesaran nya dengan betol....

dan jika sekarang anda baru tersedar yang anak anda kekurangan masa merangkaknyer dahulu..galakkan lah dia merangkak walaupun usianyer dah tak sepatutnya utk merangkak.. hehe..
apa yang aku boleh berkongsi di sini..
.....ajak2 la dia main merangkak2..



4 Bulan 2 Minggu 3 Hari












Anakku Mulai Belajar Merangkak
Sungguh anugerah yang tak terkira buat seorang ibu,
untuk melahirkan mu anakku......

hari demi hari kita lalui 
tak terasa kini...
kau telah semakin membesar
setiap perubahan lekuk tubuhmu ibu sudah fahami
kerana ibu akan selalu ada buatmu
anakku......

Kini kau sudah mulai untuk mengenali ibu
sudah mulai untuk mengenali ayahmu
dan....
sudah mulai untuk bermanja-manja dengan ibu....

kau masih terlalu muda nak...
kaki mu belum begitu kuat untuk menapak bumi ini
ketahuilah nak.....
hidup itu adalah proses
tidak untuk seketika untuk berjalan.

anakku...
ketika kau menagis kakimu selalu lurus kuat 
seolah olah kau tak sabar lagi untuk menapak bumi ini.

namun...
untuk mulai merangkak
akan selalu ibu bimbing sampai kelak kau dewasa 
dan mengerti betapa pentingnya engkau buat ibu 
dan ayahmu....

Wednesday, 10 February 2016

BeRcuTi di CamEron HigHLanDs


Planning last minute...

Cameron Highland - 1st time aku ke sini... aku kesini bersama keluarga besarku... 

Kami... 

Keluarga Besarku

Sejak aku kahwin 8 tahun lepas, ni lerrr... 1st time kitorang sekeluarga ke Cameron Highlands.. Alhamdulillah.. Keinginan untuk ke CH tertunai... Yang seronok tu, ramai yang turut serta... antara nya melibatkan 3 keluarga besar kami adik beradik, abah & anak buah.. 
So memang best ler...

Anak-anak pun suka bebenor dengan CH ni sebab kesejukannya, keindahan pemandangannya, keistimewaan tersendirinya, ketenangannya. Aku layankan aje laa...
Memang jarang kami sekeluarga dapat bercuti bersama... Tambahan pula kami sekeluarga termasuk dalam ketegori makan gaji... nak cuti memang susah... jadi untuk meluangkan masa bercuti bersama pada satu-satu masa adalah amat payah...

Alhamdulillah.. sempena Cuti Hari Raya Cina & Cuti Sekolah Malaysia ditakdirkan cuti panjang.. maka kesempatan inilah yang kami gunakan... tanpa dirancang.

Aku bertolak dari Tol Kulai jam 6.00 ptg.. dan sampai di Tol Ayer Keroh Jam 8.30 malam.. Sebelum menuju ke CH, kami singgah dl ke Melaka.. JJCM.. Disebabkan check-in Apartment jam 12.00 tengahari.. Al-maklum, musim cuti sekolah & cuti umum.. semua homestay, hotel, appartment penuh.. sebabnya dah dibooking oleh orang lain... terpaksa tgu orang check out dl br kami dapat check in... tu la.. bercuti emergency... nasib dapat apartment dekat kawasan Tanah Rata.. cuma parking susah sikit... limited... dari melaka kitaorg terus tuju tol Pedas Linggi lebih kurang dalam jam 2.00 pagi...

Sampai CH tak silap jam 11.30 pagi sebab kami tidur kat hentian mana ntah.. aku pun xngat sebab driver keta satu lagi dah tak boleh tahan ngantuknya.. gerak dari situ jam 7.15 pagi.. dalam perjalanan tu sempat ler singgah strawberry farm.. dapat mik gambo bebudak ni jer ler.. hihihi..

Strawbery Farm

Key Chain & Magnet Box
Sementara menunggu untuk check in... kitaorg g Makan roti canai mamak. Sorry tak recommend langsung mamak kat CH ni... kotor... tak sedap... Yang satu tu kedai india... tak tau la.

Cameron Villy Tea 

Lepas check-in.. rehat-rehatkan badan yg keletihan.. petang tu baru kitaorg kuar singgah di Cameron Villy Tea, ia terletak di tepi jalan sahaja. Di sini korang melihat permandangan Ladang Tea yang menghijau..







So takyah citer panjang-panjang, kat sini aku sertakan gambar-gambar semasa kat Cameron. layannnnn!!!!! [Tak banyak ambil gambar sebab Hp habis bateri]





















Malam tue kitaorg keluar untuk ke Pasar Malam di Brinchang, Pasar Malam kat Cameron ni lain sikit daripada lain... kalau biasa kat tempat aku... seminggu sekali... Sini tiap-tiap malam... untung business Pasar Malam sini. Dari homestay kami kena turun ke Brinchang... nak cari senang je... cari balai Polis Brinchang... depan tu jer.
Pasar malam Brinchang
Baby Iman & Atok (Tunggu Parking Kosong)
Balik pasar malam dalam jam 11 malam... aktiviti bebas... ada yang layan Astro... ada yang dah landing... satu hal yang paling penting bila check-in di Cameron Hingland ni... pastikan Water Heater berfungsi dengan baik... kalau tak naya... Biasanya Water heater wajib di semua kediaman di cameron ni... Yang pelik nya Air Condition... tak yah gatallah nak tanya ada air-cond ke tidak... kipas pon belum tentu nak pasang... kalau malam la...

Yang penting, sebelum check-out Appartment... aku sempat masak untuk bungkus makan dalam perjalanan... save budget.. hihihi..


Okey, tu jelah untuk hari ini. ada masa kang aku sambung lagi k.. yang pasti, aku terasa seperti mahu pergi lagi ke cameron highlands. tapi bukan pada waktu cuti sekolah atau cuti umum.. apa yang aku bawa balik tak banyak.. dalam pjalanan balik sempat singgah di perkampungan orang asli bli rebung & petai..

Last destinasi mandi air kolam panas di melaka.. 
Sekian.. Wassalam..