Monday, 29 February 2016

Basikal & Walker Baru..

Ku abadikan diari bergambar ini untuk tatapan sendiri juga ahli keluarga yang amat aku sayangi... jika dipanjangkan usia pasti aku tersenyum sendiri ketika kembali membaca catatan kenangan ini... dan apabila aku sudah tiada lagi, mudah-mudahan diari ini menjadi memori terindah untuk anak-anakku..

Basikal & Walker Baru..

Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: 

"Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka".

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Hari Ahad 28/02/2016 genapla BaBy ImAn 5BuLaN [28/09/2015].. so, tanpa dirancang aku ajak En. HuBbY pergi beli 'Walker' utk BaBy ImAn.

KoNoN2nYa HaDiAh BiRtHdAys

Secara tak langsung bila dua abang 'BaBy ImAn' dengar jer.. pe lagi mereka la yang lebih bersemangat betul nak beli basikal baru katanya... disebabkan aku dah berjanji lama... nak blikan basikal untuk anak2 aku 'AbGlOnG & AbGnGaH' kena ler tepati... sebenarnya ngat nak tunggu birthday masing2 tp nak buat cmne.. Alhamdulillah ler.. kebetulan ada duit sikit, memang dah rezki untuk mereka.. Ni konon2nyer birthday present utk tahun 2016 ni ler buat korang AbgLoNg 7TaHun [25/04/2016] & AbgNgAh 4TaHun [16/11/2016] la ye.. 

Lepas hantar AbgLoNg ke sekolah sesi petang, baru kami gerak.. 1st destinasi tu cari 'Walker BabY ImAn' dulu.. Kitorang beli kat kedai sebaris dengan kedai kami beli basikal.. Lokasi yang sama kat Kota Tinggi, Johor jer..


GeMbIRaNyA aNaK2 IbU & aYaH

Harga asal basikal AbgLoNg RM380.00 AbgNgAh RM260.00... dapat free gift skateboard.. tapi ayah diorang kata tak nk free gift tu.. Kalau dulu2 rasanya RM200.00 tu memang dah dapat basikal besar kan..Ni pon jenuh dah tawar, last2 tokey cina tu kasi kurang seperti dalam resit ni selepas tolak free gift... ok la kan dari takde...

AbgNgAh memang excited bebenor.. almaklum 1st time dapat basikal baru.. seronok bebenor dia.. habis dikayuhnya menyusur ke seluruh kedai.. hihihi.. Ibu plak yg lebih excited tgk AbgNgAh happy..






Masa balik letak basikal kat seat belakang, AbgNgAh ni terus membelek2 basikal baru dia tu.. Barula mulut si cilik ni diam.. kalau tak sepanjang jalan bising jer.. yang bagusnya AbgNgAh ni dia ingat AbgLoNgnya.. siap ingatkan ayah & ibu 'basikal AbgLong mana???' masa tu, pandai pulak tu, siap tanggalkan plastik pada tempat duduk basikal tu..Benda baru la kata kan, mula-mula jer excited tu.. Tengokla dah lama2 karang.. mesti dah tak heran..

Tengok jam dah hampir jam 18.00pm.. AbgLoNg balik sekolah jam 18.40.. mmg tak sempat balik umah dulu.. dari Kota Tinggi ke Ulu Tiram jarak masa lebih kurang setengah jam jugak.. Nak kesekolah AbgLoNg kat Felda Ulu Tebrau pun ambil masa gak ler.. kesimpulannya, terus je pergi sekolah ambil AbgLoNg dulu... Sampai rumah AbgLoNg, AbgNgAh & BaBy ImAn terus jer duduk kat basikal & walker tu.. Tapi duduk jelah tak bergerak2..hehe..

Ibu harap korang takdelah gunakan basikal ni untuk merayau-rayau tak tentu hala. Risau jugak ibu tengok budak-budak taman ni ada yang merayau sampai ke Taman Mawar / Bukit Tiram. Tapi setakat ni under control lah... Apapun Ibu & Ayah doakan yg terbaik untuk semua anak2 dunia & akhirat..










 "Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan.. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

No comments:

Post a Comment