Wednesday, 10 February 2016

BeRcuTi di CamEron HigHLanDs


Planning last minute...

Cameron Highland - 1st time aku ke sini... aku kesini bersama keluarga besarku... 

Kami... 

Keluarga Besarku

Sejak aku kahwin 8 tahun lepas, ni lerrr... 1st time kitorang sekeluarga ke Cameron Highlands.. Alhamdulillah.. Keinginan untuk ke CH tertunai... Yang seronok tu, ramai yang turut serta... antara nya melibatkan 3 keluarga besar kami adik beradik, abah & anak buah.. 
So memang best ler...

Anak-anak pun suka bebenor dengan CH ni sebab kesejukannya, keindahan pemandangannya, keistimewaan tersendirinya, ketenangannya. Aku layankan aje laa...
Memang jarang kami sekeluarga dapat bercuti bersama... Tambahan pula kami sekeluarga termasuk dalam ketegori makan gaji... nak cuti memang susah... jadi untuk meluangkan masa bercuti bersama pada satu-satu masa adalah amat payah...

Alhamdulillah.. sempena Cuti Hari Raya Cina & Cuti Sekolah Malaysia ditakdirkan cuti panjang.. maka kesempatan inilah yang kami gunakan... tanpa dirancang.

Aku bertolak dari Tol Kulai jam 6.00 ptg.. dan sampai di Tol Ayer Keroh Jam 8.30 malam.. Sebelum menuju ke CH, kami singgah dl ke Melaka.. JJCM.. Disebabkan check-in Apartment jam 12.00 tengahari.. Al-maklum, musim cuti sekolah & cuti umum.. semua homestay, hotel, appartment penuh.. sebabnya dah dibooking oleh orang lain... terpaksa tgu orang check out dl br kami dapat check in... tu la.. bercuti emergency... nasib dapat apartment dekat kawasan Tanah Rata.. cuma parking susah sikit... limited... dari melaka kitaorg terus tuju tol Pedas Linggi lebih kurang dalam jam 2.00 pagi...

Sampai CH tak silap jam 11.30 pagi sebab kami tidur kat hentian mana ntah.. aku pun xngat sebab driver keta satu lagi dah tak boleh tahan ngantuknya.. gerak dari situ jam 7.15 pagi.. dalam perjalanan tu sempat ler singgah strawberry farm.. dapat mik gambo bebudak ni jer ler.. hihihi..

Strawbery Farm

Key Chain & Magnet Box
Sementara menunggu untuk check in... kitaorg g Makan roti canai mamak. Sorry tak recommend langsung mamak kat CH ni... kotor... tak sedap... Yang satu tu kedai india... tak tau la.

Cameron Villy Tea 

Lepas check-in.. rehat-rehatkan badan yg keletihan.. petang tu baru kitaorg kuar singgah di Cameron Villy Tea, ia terletak di tepi jalan sahaja. Di sini korang melihat permandangan Ladang Tea yang menghijau..







So takyah citer panjang-panjang, kat sini aku sertakan gambar-gambar semasa kat Cameron. layannnnn!!!!! [Tak banyak ambil gambar sebab Hp habis bateri]





















Malam tue kitaorg keluar untuk ke Pasar Malam di Brinchang, Pasar Malam kat Cameron ni lain sikit daripada lain... kalau biasa kat tempat aku... seminggu sekali... Sini tiap-tiap malam... untung business Pasar Malam sini. Dari homestay kami kena turun ke Brinchang... nak cari senang je... cari balai Polis Brinchang... depan tu jer.
Pasar malam Brinchang
Baby Iman & Atok (Tunggu Parking Kosong)
Balik pasar malam dalam jam 11 malam... aktiviti bebas... ada yang layan Astro... ada yang dah landing... satu hal yang paling penting bila check-in di Cameron Hingland ni... pastikan Water Heater berfungsi dengan baik... kalau tak naya... Biasanya Water heater wajib di semua kediaman di cameron ni... Yang pelik nya Air Condition... tak yah gatallah nak tanya ada air-cond ke tidak... kipas pon belum tentu nak pasang... kalau malam la...

Yang penting, sebelum check-out Appartment... aku sempat masak untuk bungkus makan dalam perjalanan... save budget.. hihihi..


Okey, tu jelah untuk hari ini. ada masa kang aku sambung lagi k.. yang pasti, aku terasa seperti mahu pergi lagi ke cameron highlands. tapi bukan pada waktu cuti sekolah atau cuti umum.. apa yang aku bawa balik tak banyak.. dalam pjalanan balik sempat singgah di perkampungan orang asli bli rebung & petai..

Last destinasi mandi air kolam panas di melaka.. 
Sekian.. Wassalam..








No comments:

Post a Comment