Sunday, 28 February 2016

MaJliS pErTuNaNgAn AdIkKu & aQiQah UtK aNak KeTiGaKu

Assalamualaikum... w.b.t.

Cepat sungguh masa berlalu....sekejap jer anakku da nak masuk 5bulan... baru sekarang nak tulis pasal majlis bercukur dan kenduri aqiqah Muhammad Zulrizqi Iman... Tiba-tiba teringat majlis tersebut... Seperti semua sedia maklum, sekarang ni kos untuk buat kenduri memang memakan belanja yang agak besar. Jadi memang kami kena mengumpul duit dan merancang betul-betul. 

Dua Ekor Kambing Utk Aqiqah
Siap Penyembelihan & Potong


Apabila emak saya mengetahui hasrat murni kami, mak mencadangkan untuk menyatukan sekali majlis Muhammad Zulrizqi Iman dan majlis pertunangan adik perempuan saya. Yeay!!! seronok tu apabila 2 majlis di cantumkan menjadi satu. Pertamanya mestila meriah menyambut bayi baru dan menyambut bakal ahli keluarga baru. Kedua inilah masanya dapat berkumpul semua ahli keluarga, dan ketiga seharusnya apabila majlis dicantumkan bajet/kos dapat dijimatkan. Heheheh... Jadi, apabila semua dah berbincang, maka kami semua sepakat untuk memilih tarikh pada 16hb January 2016 hari sabtu.






Bercerita tentang Majlis Pertunangan adik perempuan saya, Siti Nurizzati Binti Samian (Utih) dengan Mohamad Khairi Ezwani Bin Husnan pada hari sabtu 16hb January 2016. Majlis bermula pada jam 2.00petang. Utih ni anak keempat dari 6beradik dan ini merupakan majlis pertama dibuat dirumah kami. Untuk majlis ni saya ambik cuti 2 hari untuk buat apa yang patut. Almaklum saya & suami menjadi tuan rumah kan.. Urusan penyediaan makanan dan doorgift diserahkan kepada saya.




Aku tak berapa sihat demam 2 hari terus nak buat majlis.. so tak byk gambar muka ku.. hehehe..

  




Pada waktu petang, bila kebanyakan tetamu dah balik, kitaorg prepare plak untuk Majlis Bercukur dan Kenduri Aqiqah Muhammad Zulrizqi Iman yang berlangsung selepas magrib. Alhamdulillah. Menurut Islam, amalan mencukur rambut akan meningkatkan tahap kesihatan anak, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu. InsyaAllah.

Ok, berbalik pada kenduri, mesti ramai tertanya-tanya, apakah menu makanan untuk kenduri kali ini? Menunya adalah:

1. Kambing Rendang 2 ekor (Untuk Aqiqah)
2. Nasi Ayam
3. Sambal / Sos
4. Sayur Salad & Timun

Makanan Sampingan:
1. Kuih Muih

Air:
1. Air Teh
2. Air Sirap

Doorgift Utk Pertunangan,
Cukur Jambul & Aqiqah













No comments:

Post a Comment