Thursday, 31 October 2013

RESEPI : CHEESE KEK

Bahan A

160 gram biskut oreo (Blender)
50 gram Butter (Dicairkan)

Bahan A campur sebati, tekan dalam loyang 9 inci yg dialas aluminium foil.

Bahan B
500 gram cream cheese
160 gram gula kastor

Bahan B, pukul hingga sebati

Bahan C
500 gram whiping cream (anchor) - mix sekejap

Bahan D
2 biji telur
1 sdb cheese flavour
15 gram tepung jagung

Cara-Caranya
 Mix Bahan B, Masukkan Bahan D, last sekali masukkan Bahan C
Bakar suhu 150'c selama 1 jam, guna kaedah steambath (dulang bawah lg besar ada air, atasnya loyang kek)
Matikan oven, biarkan kek dlm oven selama 3jam, barulah masukkan dalam peti ais.


Resepi : Kek Batik Milo

Selamat pagi semua..
semalam punya citer, dah bosan sangat tak tau nk buat apa..
so apa lagi kedapur ku lihat ada biskut marie yg dah dibuka oleh anak2 ku tapi tak abis dimakan dah dekat seminggu jugak ler..
so, idea pun datang nk buat kek batik..
padahal idea asalnya nak buat kek pelangi tapi disebabkn dah malam sgt takut sikecik meragam nk tido awal so kek batik adalah kek yg paling simple & mudah hihihihi...

ishhh3x.. aku rasa blog aku ni mcm blog masakan pulak.. hihihi... padahal aku bukan pakar masak pun.. tp disebabkan minat nk mcuba resepi2 yg aku simpan lama daa lapuk dah pn kan.. tu yg aku nekad gak buat.. jadi tak jadi blakang citer arr...

Meh tgk resepi yg aku dpt dr sape ntah pemiliknya.. lupa plak nama beliau.. apapn mekasih pada yg empunya resepi.. mmg sedapp..tapi resepinya telah ku derhakakan mgikut olahanku (bhn2 tak cukup so aku guna apa seadanya)

bahan-bahan yang diperlukan:


200 gram biskut marie - dipatah2kan..  aku patahkan jd empat bahagian jer..
1/2 tin susu pekat (aku guna 7 sdb sahaja)
1/2 cawan milo
1/2 cawan air
2 sdb serbuk koko
100 gram butter (aku guna buttermas.. tu jer yg ada..)
1 sdb esen vanilla
2 biji telur gred A


Cara2 Membuatnya:
 

satukan semua bahan dalam kuali kecuali biskut marie.
masak dengan mgunakan api perlahan
sentiasa dikacau hingga butter cair & sebati 
 

 matikan api.
masukkan biskut marie & gaul hingga sebati semuanya
kemudian, masukkan adunan tersebut dalam bekas @ loyang yg telah dialaskan aluminium foil utk memudahkn proses mengeluarkan dr loyang..
tekan2 adunan tersebut sampai kesemuanya mampat tanpa meninggalkan sebarang ruang kosong..
aku tekan guna sudu jer..
pastu apalagi.. sejukkan ler dalam peti sejuk.. biarkan semalaman.. tak pun biarkan la dalam 4 @ 5 jam klo dah tak sabar2 nk mkn



Bila dah keras, keluarkan kek dr loyang..
potong gunakan pisau
hasil kek batik milo aku selepas dipotong..
kek ni mmg sedap sgt..
apapun selamat mencuba & mjamu selera

Sunday, 27 October 2013

RESEPI KEK PANDAN

Assalammualaikum,

Sebagai ibu yang mengejar masa antara kerjaya dan masa di rumah dengan keluarga, kadangkala kerja memasak ini tidak dapat dilakukan sempurna seperti surirumah yang masanya lebih banyak bersama anak-anak dirumah. Jadi, dihari cuti inila ku luangkan masa untuk penuhi permintaan ankku yang ingin makan kek.

Si abg meminta kek coklat tp camno aku nk buat.. bahan2 xmencukupi.. last2 aku ckp aku buatkan kek apa2 jelah ekk... dia angguk je setuju.. klu cam2 ibu buatkan abg kek pandan jer ler.. kehkehkeh.. En. hubby ku sayang plak ok jer katanya.. mana taknya org tgh sakit gigi.. angguk je ler.. cian En. hubby ku sampai bengkak pipi dah cm belon..

Mmg harini 60% masa aku abis kat dapur je.. tidokan sikecik trus jer mgemas dapurku yg dah mcm xserupa dapur dah.. haihh... hahahaha..

Walaupun korang dah terer camne nk buat kek ni, tp aku sharekan la jugak pada sapa2 yg nak resepi kek pandan ni..

Meh tgk apa bahan2nya :-

KEK PANDAN

Bahan-Bahannya :-

2 Cawan Tepung Gandum* diayak
1 sdk Baking Powder * diayak
3 Biji Telur Gred A
1½ Cawan Gula Kastor (nak kurangkn pn boleh)
1 Cawan Minyak Jagung (Aku Guna Minyak Masak)
Sedikit Pewarna Hijau
1 sdk Paste Pandan @

** Dikisar & Tapis
2@3 Helai Daun Pandan **
¾ Cawan Air **

Cara-Cara:-


Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali bahan bertanda *, putar hingga sebati.

Masukkan bahan bertanda * sikit demi sedikit, kacau hingga sebati.

Tuangkan dalam Loyang yang telah digris terlebih dulu.

Bakar pada suhu 170˚C selama 45 minit @ hingga kek masak (bergantung pada oven masing-masing)





Monday, 14 October 2013

Kek Pisang Lembut & Gebu

Selamat petang sahabat alam mayaku,
planningku hari ni nk buat kek marble tp disebabkn mak mentua ku sanggup bli kan pisang semata-mata nk soh aku buat.. terpaksa la ku buat..
Sementara menunggu kek marble ku siap di bakar aku memulakn proses pembikinan kek pisang plak..

Jomm.. semak resepi



BAHAN-BAHANNYA
  1. 240 Gram Tepung gandum (2 cawan) **diayak
  2. Bikarbonat 1 sudu teh**diayak
  3. Serbuk penaik 1 sudu teh**diayak
  4. Esen Vanilla atau Esen pisang 1 sudu teh
  5. Pisang berangan 2 biji, (daku guna pisang 44hari. sbb mk mentuaku blikan pisang 44hari) lenyekkan 6-7 hg hancur. 2 lagi buat hiasan atas kek nanti.
  6. 240 Gram Magerin/planta
  7. 240 Gram Gula Pasir (aku guna gula kastor, kurangkan pun boleh)
  8. 3 Biji Telur ayam Gred A
CARA MENYEDIAKAN
  1. Panaskan oven 180'c selama 30minit
  2. Sementara menungu oven panas, mixes gula dan majerin sampai kembang.
  3. Masukkan esen vanilla/pisang. wangikan baunya...
  4. Baru masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan bikarbonat. Masukkan sedikit demi sikit.
  5. Diakhiri dengan pisang, guna senduk kayu untuk satukan pisang dengan adunan lain kacau hg sebati.
  6. So, korang boleh sapukan lebihan majerin keseluruh loyang dulu ya baru bubuh kertas minyak n tuangkn adunan tadi ke dalam loyang. Hiaslah kek korang dengan lebihan 2biji pisang. Biar berseni gitu. Nak hiasa guna apa2 pun boleh ikut suka la.. hihihi
  7. Boleh bakar dah, guna suhu sama tapi masa bakar adalah 50minit. (bergantung pd oven korang la ye.. agak2 la sendiri brapa suhu nk guna)
  8. Bila masa membakar selesai. Buka pintu oven. Sejukkn dulu baru ambil dan boleh dipotong.
Selamat menjamu selera.

Sunday, 13 October 2013

Kek Marble Sedappppp

semenjak minatku mula membaking apa2 kek n kuih muih ni..
ada jer permintaan stp hujung minggu..
nk kata aku ni pandai sgt buat kek, mmg takkkk arrrrrr...
aku pun byk blaja dr kawan2 & tenet jer.. search jer ler menu pe.. ada jer resepinya..

anak2 plak makin membesar ni byk plak kemahuannya.. nk mkn tu la nk mkn ni la.. ada jer..
dr beli mahal2 mkn pun berebut-rebut baik aku blajo buat kan.. hahaha
Walaupun kekadang buat ada yg xmenjadi tapi sedap juga dimkan & puas ati..

so minggu ni aku nk mcuba buat kek marble,
ini pun atas permintaan mak mentuaku jua..
katanya mgu lepas vanila kek yg ku buat tu sedapp.. hihihi
(tersimpul malu la plak bila dipuji tp tetap control keayuan ku hahahaha..)
Dlm ati ku mmg suka ler, di pujikan.. tu yg membuat semangat untuk ku mbaking lagi..

inila hasilnya. so aku share2 ler cara2 membuat kek marble sedapppp ni..

Selamat Mencuba
Jom Tengok Resepinya

KEK MARBLE

BAHAN-BAHANNYA

250 gram marjerin
210 gram gula castor
240 gram tepung gandum *
2 s.k baking powder *
5 biji telur ayam
1 s.k esen vanila
2 s.b susu pekat
Pewarna ( ikut suka ati )
2 s.b serbok koko (nk letak boleh.. nk kekal yg sedia ada pun boleh)


CARA MENYEDIAKANNYA

- Pukul marjerin dgn gula hingga kembang
- Masukkan telur satu persatu, diikuti esen vanila putar hg kembang
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang-seli kan dgn susu segar & pukul lagi hg kembang
- bahagikan 2 bahagian (terpulang nk bubuh warna apa)
- 1 bhgn masukkn serbuk koko & kacau rata (nk kekal warna asal pun boleh)
- Masukkan adunan ke dalm loyang yg telah digris marjerin & di taburkan tepung ratakn (lebihan tepung tepuk2 jer buangkn), lapikkan dgn kertas minyak.
- masukkan adunan berselang-seli sampai abis.
- Panaskan oven pada suhu 180*c selama 10 minit & bakar adunan tadi selama 45minit @ sehingga masak