Monday, 4 November 2013

Resepi Kek Marble Pelangi Bakar

kali ni saya nak kongsikan resepi kek marble pelangi bakar. Semalam baru je buat kek marble ni.
klu nak diikutkan kek marble ni byk versi.. bakar boleh nk kukus pun boleh tapi sy mmg lebih suka bakar sbb bhgian tepi & atas kek lebih garing dan lebih sedapppp...

Sebenarnya kek ni sangat senang nak buat dan juga sedap dimakan panas2. Bahan2 pun senang je nak cari kat supermarker @ pasaraya.. banyak pilihannya kan..
cuma sblm ni saya jer takut2 nk try2 buat.. ngatkan leceh dan susah nak buat kek ni.. tp bila dah try buat... oohhhh senang je rupanya buat kek ni.. hihihihi

Cuma kali ni guna resepi lain dr yang pernah saya cuba & post kan disini. kali ni resepi yang simple & senang sangat untuk membuatnya. lagipun kali ini resepi saya guna sukatan cawan jer.. tak payah penin2 nk sukat2 nak timbang2 k.


First of all, bahan-bahan yang perlu ada :

1 1/2 Cawan Marjerin
1 1/2 Cawan Gula Kastor
4 Biji Telur Gred A
1/2 Cawan Susu Pekat
1 s.d.t Esen Vanilla
2 s.d.b Serbuk Koko
Sedikit Pewarna (ikut suka hati)
3 Cawan Tepung Naik Sendiri (Kalau Nak Guna Tepung Gandum Biasa Pun Boleh Tapi Kena Tambah 1 s.d.t Baking Powder & Ayakkan, Sbb Saya Nak Senang Saya Guna Tepung Naik Sendiri Je)

Cara-Cara
 
1. Pukul marjerin dan gula kastor sampai gebu. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan marjerin dan gula kastor tadi.
2. Masukkan susu pekat dan esen vanilla, pukul hingga sebati
3. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga semua bahan-bahan menjadi sebati.
4. Kemudian, bahagikan adunan tadi kepada tiga bahagian, dan masukkan satu adunan serbuk koko, dua adunan lg masukkan pewarna @ satu adunan sahaja & satu lg kekal sedia ada.
5. Masukkan adunan satu demi satu kedalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin & dialaskan dengan kertas minyak secara berselang seli hingga habis.
6. Kemudian, masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 45 minit dgn suhu 170'c. bergantung pada oven yang anda gunakan.







Sunday, 3 November 2013

Kek Cawan Coklat, Senang Dibuat dan Bahan Mudah Didapati


Bahan2 & Hasil Kek Coklat Bakar

Hari ini, sempena cuti Hari Deepavali kami sekeluarga mmg tak planning nak kemana-mana.. memandangkan sekarang musim hujan jer so dok umah adalah yg terbaik.. hihihi (padahal mmg malas nak kuar jejalan)
so, hari ini terajin pula.. tambah plak kat umah ni takde makanan.. ada baiknya takde makanan.. takde la menambah stok2 lelemak dalam badan aku ni.. huhuhu... bila en. suami ku ada so xrisaula ttg si kecik ku sbb si ayahnya ada tuk mjaga.. hoorayyyy!! xde la aku terkejar-kejar mbuat kek ni nti..
lalu aku trus kedapur mulakan projek kek cawan coklat ni slps myiapkan sarapan pagi en. suami & anak2 ku..
Aku mencari resepi yang paling ringkas dan mudah dalam list resepiku.. yang pastinya resepi tu wajib senang disukat.. Jom tengok resepinya..

Bahan-bahannya :
2 Cawan Tepung Naik Sendiri* diayak
1 Cawan Minyak Masak
1/2 Cawan Susu Pekat Manis
1 1/2 Cawan Gula Kastor
1/2 Cawan Serbuk Koko* diayak
1 Cawan Air Panas
2 Biji Telur Gred A
1 s.d.t Soda Bikarbonat* diayak
1 s.d.t Esen Vanilla

Cara Menyediakannya :
Pukul Telur, minyak masak, susu pekat manis & gula hingga sebati
Masukkan tepung, soda bikarbonat & serbuk koko yang telah diayak tadi kedalam adunan
macam biasa hingga sebati.. sebati.. & sebati...
Masukkan esen vanilla & air panas kacau lagi hingga adunan sebati
Kemudian, masukkan adunan tadi kedalam cawan kek.. jangan penuh2 masukkan separuh dr cawan kek
Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 30 minit @ hingga masak
(bergantung pada oven yang anda gunakan) 

Thursday, 31 October 2013

RESEPI : CHEESE KEK

Bahan A

160 gram biskut oreo (Blender)
50 gram Butter (Dicairkan)

Bahan A campur sebati, tekan dalam loyang 9 inci yg dialas aluminium foil.

Bahan B
500 gram cream cheese
160 gram gula kastor

Bahan B, pukul hingga sebati

Bahan C
500 gram whiping cream (anchor) - mix sekejap

Bahan D
2 biji telur
1 sdb cheese flavour
15 gram tepung jagung

Cara-Caranya
 Mix Bahan B, Masukkan Bahan D, last sekali masukkan Bahan C
Bakar suhu 150'c selama 1 jam, guna kaedah steambath (dulang bawah lg besar ada air, atasnya loyang kek)
Matikan oven, biarkan kek dlm oven selama 3jam, barulah masukkan dalam peti ais.


Resepi : Kek Batik Milo

Selamat pagi semua..
semalam punya citer, dah bosan sangat tak tau nk buat apa..
so apa lagi kedapur ku lihat ada biskut marie yg dah dibuka oleh anak2 ku tapi tak abis dimakan dah dekat seminggu jugak ler..
so, idea pun datang nk buat kek batik..
padahal idea asalnya nak buat kek pelangi tapi disebabkn dah malam sgt takut sikecik meragam nk tido awal so kek batik adalah kek yg paling simple & mudah hihihihi...

ishhh3x.. aku rasa blog aku ni mcm blog masakan pulak.. hihihi... padahal aku bukan pakar masak pun.. tp disebabkan minat nk mcuba resepi2 yg aku simpan lama daa lapuk dah pn kan.. tu yg aku nekad gak buat.. jadi tak jadi blakang citer arr...

Meh tgk resepi yg aku dpt dr sape ntah pemiliknya.. lupa plak nama beliau.. apapn mekasih pada yg empunya resepi.. mmg sedapp..tapi resepinya telah ku derhakakan mgikut olahanku (bhn2 tak cukup so aku guna apa seadanya)

bahan-bahan yang diperlukan:


200 gram biskut marie - dipatah2kan..  aku patahkan jd empat bahagian jer..
1/2 tin susu pekat (aku guna 7 sdb sahaja)
1/2 cawan milo
1/2 cawan air
2 sdb serbuk koko
100 gram butter (aku guna buttermas.. tu jer yg ada..)
1 sdb esen vanilla
2 biji telur gred A


Cara2 Membuatnya:
 

satukan semua bahan dalam kuali kecuali biskut marie.
masak dengan mgunakan api perlahan
sentiasa dikacau hingga butter cair & sebati 
 

 matikan api.
masukkan biskut marie & gaul hingga sebati semuanya
kemudian, masukkan adunan tersebut dalam bekas @ loyang yg telah dialaskan aluminium foil utk memudahkn proses mengeluarkan dr loyang..
tekan2 adunan tersebut sampai kesemuanya mampat tanpa meninggalkan sebarang ruang kosong..
aku tekan guna sudu jer..
pastu apalagi.. sejukkan ler dalam peti sejuk.. biarkan semalaman.. tak pun biarkan la dalam 4 @ 5 jam klo dah tak sabar2 nk mkn



Bila dah keras, keluarkan kek dr loyang..
potong gunakan pisau
hasil kek batik milo aku selepas dipotong..
kek ni mmg sedap sgt..
apapun selamat mencuba & mjamu selera

Sunday, 27 October 2013

RESEPI KEK PANDAN

Assalammualaikum,

Sebagai ibu yang mengejar masa antara kerjaya dan masa di rumah dengan keluarga, kadangkala kerja memasak ini tidak dapat dilakukan sempurna seperti surirumah yang masanya lebih banyak bersama anak-anak dirumah. Jadi, dihari cuti inila ku luangkan masa untuk penuhi permintaan ankku yang ingin makan kek.

Si abg meminta kek coklat tp camno aku nk buat.. bahan2 xmencukupi.. last2 aku ckp aku buatkan kek apa2 jelah ekk... dia angguk je setuju.. klu cam2 ibu buatkan abg kek pandan jer ler.. kehkehkeh.. En. hubby ku sayang plak ok jer katanya.. mana taknya org tgh sakit gigi.. angguk je ler.. cian En. hubby ku sampai bengkak pipi dah cm belon..

Mmg harini 60% masa aku abis kat dapur je.. tidokan sikecik trus jer mgemas dapurku yg dah mcm xserupa dapur dah.. haihh... hahahaha..

Walaupun korang dah terer camne nk buat kek ni, tp aku sharekan la jugak pada sapa2 yg nak resepi kek pandan ni..

Meh tgk apa bahan2nya :-

KEK PANDAN

Bahan-Bahannya :-

2 Cawan Tepung Gandum* diayak
1 sdk Baking Powder * diayak
3 Biji Telur Gred A
1½ Cawan Gula Kastor (nak kurangkn pn boleh)
1 Cawan Minyak Jagung (Aku Guna Minyak Masak)
Sedikit Pewarna Hijau
1 sdk Paste Pandan @

** Dikisar & Tapis
2@3 Helai Daun Pandan **
¾ Cawan Air **

Cara-Cara:-


Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali bahan bertanda *, putar hingga sebati.

Masukkan bahan bertanda * sikit demi sedikit, kacau hingga sebati.

Tuangkan dalam Loyang yang telah digris terlebih dulu.

Bakar pada suhu 170˚C selama 45 minit @ hingga kek masak (bergantung pada oven masing-masing)





Monday, 14 October 2013

Kek Pisang Lembut & Gebu

Selamat petang sahabat alam mayaku,
planningku hari ni nk buat kek marble tp disebabkn mak mentua ku sanggup bli kan pisang semata-mata nk soh aku buat.. terpaksa la ku buat..
Sementara menunggu kek marble ku siap di bakar aku memulakn proses pembikinan kek pisang plak..

Jomm.. semak resepi



BAHAN-BAHANNYA
  1. 240 Gram Tepung gandum (2 cawan) **diayak
  2. Bikarbonat 1 sudu teh**diayak
  3. Serbuk penaik 1 sudu teh**diayak
  4. Esen Vanilla atau Esen pisang 1 sudu teh
  5. Pisang berangan 2 biji, (daku guna pisang 44hari. sbb mk mentuaku blikan pisang 44hari) lenyekkan 6-7 hg hancur. 2 lagi buat hiasan atas kek nanti.
  6. 240 Gram Magerin/planta
  7. 240 Gram Gula Pasir (aku guna gula kastor, kurangkan pun boleh)
  8. 3 Biji Telur ayam Gred A
CARA MENYEDIAKAN
  1. Panaskan oven 180'c selama 30minit
  2. Sementara menungu oven panas, mixes gula dan majerin sampai kembang.
  3. Masukkan esen vanilla/pisang. wangikan baunya...
  4. Baru masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan bikarbonat. Masukkan sedikit demi sikit.
  5. Diakhiri dengan pisang, guna senduk kayu untuk satukan pisang dengan adunan lain kacau hg sebati.
  6. So, korang boleh sapukan lebihan majerin keseluruh loyang dulu ya baru bubuh kertas minyak n tuangkn adunan tadi ke dalam loyang. Hiaslah kek korang dengan lebihan 2biji pisang. Biar berseni gitu. Nak hiasa guna apa2 pun boleh ikut suka la.. hihihi
  7. Boleh bakar dah, guna suhu sama tapi masa bakar adalah 50minit. (bergantung pd oven korang la ye.. agak2 la sendiri brapa suhu nk guna)
  8. Bila masa membakar selesai. Buka pintu oven. Sejukkn dulu baru ambil dan boleh dipotong.
Selamat menjamu selera.

Sunday, 13 October 2013

Kek Marble Sedappppp

semenjak minatku mula membaking apa2 kek n kuih muih ni..
ada jer permintaan stp hujung minggu..
nk kata aku ni pandai sgt buat kek, mmg takkkk arrrrrr...
aku pun byk blaja dr kawan2 & tenet jer.. search jer ler menu pe.. ada jer resepinya..

anak2 plak makin membesar ni byk plak kemahuannya.. nk mkn tu la nk mkn ni la.. ada jer..
dr beli mahal2 mkn pun berebut-rebut baik aku blajo buat kan.. hahaha
Walaupun kekadang buat ada yg xmenjadi tapi sedap juga dimkan & puas ati..

so minggu ni aku nk mcuba buat kek marble,
ini pun atas permintaan mak mentuaku jua..
katanya mgu lepas vanila kek yg ku buat tu sedapp.. hihihi
(tersimpul malu la plak bila dipuji tp tetap control keayuan ku hahahaha..)
Dlm ati ku mmg suka ler, di pujikan.. tu yg membuat semangat untuk ku mbaking lagi..

inila hasilnya. so aku share2 ler cara2 membuat kek marble sedapppp ni..

Selamat Mencuba
Jom Tengok Resepinya

KEK MARBLE

BAHAN-BAHANNYA

250 gram marjerin
210 gram gula castor
240 gram tepung gandum *
2 s.k baking powder *
5 biji telur ayam
1 s.k esen vanila
2 s.b susu pekat
Pewarna ( ikut suka ati )
2 s.b serbok koko (nk letak boleh.. nk kekal yg sedia ada pun boleh)


CARA MENYEDIAKANNYA

- Pukul marjerin dgn gula hingga kembang
- Masukkan telur satu persatu, diikuti esen vanila putar hg kembang
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang-seli kan dgn susu segar & pukul lagi hg kembang
- bahagikan 2 bahagian (terpulang nk bubuh warna apa)
- 1 bhgn masukkn serbuk koko & kacau rata (nk kekal warna asal pun boleh)
- Masukkan adunan ke dalm loyang yg telah digris marjerin & di taburkan tepung ratakn (lebihan tepung tepuk2 jer buangkn), lapikkan dgn kertas minyak.
- masukkan adunan berselang-seli sampai abis.
- Panaskan oven pada suhu 180*c selama 10 minit & bakar adunan tadi selama 45minit @ sehingga masak


Monday, 30 September 2013

Resepi Donut Ala Kadar Insan Serba Kekurangan Macam Aku

Salam Sababatku sekalian..
Kebelakangan ini aku minat search apa2 resepi di blogger2 terutama blog 'CINTARASA RINDUAN' aku ingin bkongsi Resepi membuat donut lembut & gebu.
Walaupun daku tau ramai yg tahu buat, just sharing is caring hahaha.. [aku jer yg rajin sgt kedapur]

Di awal pagi minggu, selepas sarapan aku tanyakn pd En. Suami kalau2 nk mkn pe2 tuk menu ptg.. En. suami mmg tak kisah so aku suggestkn nk wat donut .. (mesti minta izin dl sbb yg nk mknnya dia n ank2, karang buat2 xde sapa nk mkn kan mbazir namanya) huhuhu..

Ini adalah percubaan pertamaku..
hopefully mjadi ler donutku ini nanti..

Alhamdullilah.. walau pun rupanya xcantik tp still boleh dimakan kan.. yg penting sedappp...
Klu x maunya cik tong yg kekeyangn.. hahaha..
Minatku nk mbuat apa2 resepi yg ada mmg meluap2.. plak tu bahan2 sume mmg dah tsedia ada [suka bli2 dl tp x wat2 gak] tp kerna takut ingin mcuba.. itu yg melemahkn diri..
Namun atas dorongan En. suami xpela daku mcuba gak.. [apala yg aku melalut ni.. hihihi]
apa2 pun daku bjaya gak mbuat 'Donut Ala Kadar Insan Serba Kekurangan Macam Aku'..
So hasilnya spt gambo diatas tu..

Oleh itu ingin ku kongsikan resepinya di sini.

Ini bahan-bahannya:

500gram tepung gandum
2 sudu majerin
1 sudu teh garam
3 sudu susu tepung (kebetulan susu anakku ada.. guna jer)
3 sudu gula pasir.
11gram mauripan
Sedikit air sejuk yang disimpan dalam peti ais ( guna apabila adunan belum lembut)

Cara Menyediakan:

1. Kembangkan mauripan guna air suam. Biarkan.
2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lobang ditengahnya, masukkan gula, susu dan majerin. Adun mesra kesemua bahan.
3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh.
4. Masukkan garam yang sudah dilarutkan dalam air suam, uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air simpanan dalam peti ais. Uli lagi.
5. Adunan doh yang siap diuli, terus terap pada acuan, sblm tu guna pengelek untuk meratakan doh.
6. 5 minit kemudian donut akan berkembang dengan jaya. Masa ini korang dah boleh panaskan api kuali, boh minyak yang banyak untuk tengelamkan donut yang belum dimasak. Apabila minyak panas. Masukkan donut kedalam kuali dengan mgunakan api yg kecil agar luar dalam donut masak.

Selamat mencuba.

Friday, 19 July 2013

Hadiah dr Cik Hubby

Assalammualaikum...
Rasanya dah lama tak buat apa2 kat sini kan..
maklumlah very the bezy hehehe..
So hari ni aku nk share something la ye di sini..

oh ya, sebenarnya hari ni baru 18 July 2013.. namun hari lahirku 07 August 2013..
maknanya dah xlama lg ler tu kan..
so, nk di pendekkan crite cik hubby ku mberikn hadiah lebih awal..
sume nya gara2 melihat istri tcinta xcukup rehat myiapkn tempahan cheese tat dgn mgunakan oven kecik (pinjam dr adik iparku) hihihi

klu xcmtu tentu cik hubby tak blikan kan..
pe2 pun, Alhamdullillah.. and wish 'Happy Beday' buat diriku.. hehehe
tua lebih awal dr usia sebenar.. hahaha

dan utk cik hubby.. mekasih atas pemberian 'Mixer Pensonic' & 'Ketuhar Elektrik Pensonic' (OVEN)
Mekasih gak wat ank2 ibu yg menjadi pembakar semangat tuk ibu trus bjuang membaking.. hihihi
Ibu sayang ketat2 ngan kalian..
Mood : Happy :)


Saturday, 15 June 2013

Alos Katering Family's Team

Alos Katering Family's Team adalah family bisnes yang menawarkan perkhidmatan katering kepada individu, majlis perkahwinan dan sebagainya.
Kebanyakkan menu adalah dari resepi warisan keluarga. Cara bekerja dalam katering kami adalah lebih kepada sistem kekeluargaan.
kami juga meletakkan asas agama islam sebagai panduan bagi melahirkan masakan yang halal lagi bersih, malah penampilan pekerja adalah dalam skop menutup aurat.

Misi Kami
  • Kami amat mengambil berat terhadap kepuasan pelanggan agar mereka memperolehi nilai setara dengan bayaran yang dibuat.
  • Kami juga komited untuk menyediakan yang terbaik buat pelanggan bukan sahaja makanan dan perkhidmatan kepada setiap majlis disamping mengekalkan kualiti pada setiap masa.

 Cebisan Kenangan Majlis Perkahwinan Di Dewan Bukit Tiram

Serupa Tapi Tak Sama.. hahaha
Mana yang sempat je ler kan..

Apa yang anda pikirkan????  Renung2kan.. hihihihi
Inila Kami Bila Dah Berkumpul.. Meriah Kan??? Mohon Jeles..hihihi
Sebahagian My Teams Work

anak-anakku tersayang

Gelagat & Ragam Selepas Majlis Selesai
Orang-orang kuaat Alos Katering Family's Team
apa yang penting inila keluargaku tercinta.. hihihi


Saturday, 2 February 2013

Cinta & Kasih Sayang

Saya pernah terbaca kisah seorang surirumah yang sepanjang hari tidak melakukan kerja2 rumah kerana suaminya sering mengatakan seorang surirumah tiada kerja dibuat dan hanya duduk rehat2 di rumah. Apabila suaminya balik dari bekerja pada petang hari, dia terperanjat kerana rumah bersepah, baju dan pinggan mangkuk tidak berbasuh, kain tidak berlipat, anak comot, tiada makanan terhidang...Isteri dengan lembut berkata kepada suaminya,"Inilah yang abang kata surirumah macam saya ni hanya duduk rehat2. Abang tengok sendiri, kan. Hari ini betul2 saya rehat. Saya tak buat semua kerja yang saya buat selama ni". Suaminya kelu tanpa bicara. Ternyata, dia silap selama ini.

Semalam saya juga mendengar kisah yang hampir sama dari seorang teman. Hakikatnya, hanya surirumah yang faham surirumah yang lain. Seorang teman rapat, selalu mengingatkan buatlah kerja2 rumah dengan seikhlas hati dan dalam rangka beribadah kepada Allah, supaya surirumah tidak bergaji mendapat ganjaran hanya dari Allah. Saya selalu ingat kata2nya.

Saya rasa bersyukur dan beruntung kerana suami tidak pernah mempersoalkan apa yang saya buat di rumah. Dia membantu jika berkesempatan... menyidai kain, membasuh, melipat kain, mencuci pinggan, menggosok baju, memasak...semua dilakukan tanpa rungutan. Di waktu2 saya kurang sihat, dia melakukan semuanya. Semua ini sebenarnya akan mengeratkan lagi kasih sayang yang ada di antara suami isteri. Mungkin ada sesetengah suami yang memang tidak pandai untuk membuat kerja2 rumah, faham dengan kerja2 isteri di rumah pun rasanya sudah memadai. Jangan diperkecilkan tugas dan peranan seorang surirumah.

Bagi saya, juga teman2 rapat yang sama seperti saya, tiada gaji yang kami harapkan. Semuanya mengharap Allah redha dengan bakti yang kami curahkan untuk suami dan anak2.Teman rapat yang sama mengatakan, jika ada sekeping note RM100/- di dalam dompet pun dah cukup kaya rasanya, lebih2 lagi jika suami mampu menyediakan semua keperluan... tidak perlu mewah.... cukup sekadar kemampuan yang ada. Alhamdulillah...

Sesungguhnya aku bertuah memiliki seorang SUAMI yang sangat memahami aku.. selalu mengambil berat, tak pernah ada rasa jemu dalam melayani karenah seorang istri seperti aku.. Terima Kasih tak terhingga Sayangku 'ZULKIFLEE BIN SARKA' ILUSM.. Kaula segalanya bgku kini & selamanya.. Hope kasih cinta kita kekal 'Setia Hingga Hujung Nyawa'.. Mudah2n jua tahun 2013 ini membawa lg kerahmatan & kebahagiaan berlipat kali ganda buat kita sekeluarga.. Amin3x..

Ibu amat menyayangi kalian :
Zulkiflee Bin Sarka
Muhammad Zulhilmi Bin Zulkiflee
Muhammad Zulhakimi Bin Zulkiflee